100,000 Kenderaan Awam & Barangan Layak Terima Subsidi RON95

Difahamkan, jumlah kenderaan mohon daftar menerusi SKPS sejak Isnin lepas masih rendah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganggarkan sekitar 100,000 kenderaan pengangkutan awam dan barangan di seluruh negara layak didaftarkan melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)

Ia sekali gus membolehkan mereka menikmati faedah subsidi petrol RON95.

Menerusi laporan Bernama, Menterinya, Armizan Mohd Ali berkata, anggaran tersebut dibuat berdasarkan data SKPS diintegrasikan bersama sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hal ini menekankan kepentingan permohonan pendaftaran itu dalam usaha KPDN mengawal selia mekanisme penyaluran subsidi untuk kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via MOF

Jumlah kenderaan syarikat membuat permohonan pendaftaran masih rendah

Sementara itu, setakat ini jumlah kenderaan syarikat daripada kedua-dua sektor yang telah membuat permohonan pendaftaran sejak dibuka Isnin lalu masih rendah. Menurut beliau, hanya sekitar 154 syarikat dengan keseluruhan 335 kenderaan direkodkan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 70 syarikat melibatkan 240 kenderaan datang daripada sektor pengangkutan darat awam, manakala selebihnya 84 syarikat dengan 95 kenderaan adalah daripada sektor pengangkutan darat barangan.

"Walaupun tiada tarikh tutup, namun saya menggesa syarikat-syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak supaya membuat pendaftaran segera bagi memastikan mereka mendapat manfaat subsidi ini pada hari pertama ia dilaksanakan," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Ahli Parlimen Papar itu berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Lok Kawi Height, Kinarut iaitu antara PPS yang sedang beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh di daerah berkenaan.

Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak juga perlu memohon Fleet Card daripada tiga syarikat minyak pilihan setelah proses permohonan pendaftaran menerusi SKPS selesai.

"Kita harap supaya semua kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan memanfaatkan subsidi petrol RON95 ini kerana mereka menawarkan perkhidmatan kepada pengguna. Kemudahan subsidi ini pada akhirnya akan mengurangkan impak kepada pengguna secara keseluruhannya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: