10,000 Murid Di Kuala Lumpur Dapat Sarapan Percuma Melalui Program Madani

Inisiatif itu diteruskan di 13 sekolah rendah lain melibatkan lebih 10,000 murid.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program Sarapan Pagi Madani bakal diperluaskan ke lebih banyak sekolah rendah di ibu negara

Ia sebagai langkah memastikan setiap murid memulakan hari mereka dengan pemakanan sihat dan berkhasiat.

Menerusi hantaran di Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, berkata inisiatif tersebut telah bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permaisuri, Cheras, sebelum diteruskan ke 13 sekolah rendah lain, melibatkan lebih 10,000 murid keseluruhannya.

"Saya luluskan sedikit peruntukan tambahan dan meminta penganjur meluaskan program ini ke lebih banyak sekolah di Kuala Lumpur.

"Setiap ringgit yang dibelanjakan adalah pelaburan jangka panjang untuk kesihatan, kecerdasan dan produktiviti generasi akan datang. Inilah makna ihsan dalam roh Madani iaitu kita bersama-sama membina generasi sihat, cerdas dan berdaya saing," katanya.

SAYS.com
Image via Dr Zaliha Mustafa (Facebook)

Langkah intervensi awal untuk melahirkan generasi murid yang sihat

Sementara itu, beliau menegaskan, pelbagai kajian mengenai malnutrisi kanak-kanak di Kuala Lumpur jelas membuktikan wujudnya masalah beban berganda.

Di mana sebahagian murid mengalami kekurangan zat makanan, manakala yang lain pula terlebih kalori namun miskin khasiat.

SAYS.com
Image via Dr Zaliha Mustafa (Facebook)

"Risikonya adalah akan berlaku keadaan lemah imuniti, ada masalah untuk fokus dalam pelajaran dan akhirnya kurang produktif apabila dewasa.

"Ini adalah tanda-tanda kekurangan zat yang berpanjangan. Anak-anak ini juga berpotensi untuk mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi apabila mereka dewasa nanti," katanya.

Program Sarapan Pagi Madani diyakini mampu menjadi intervensi awal yang signifikan dalam melahirkan generasi murid dengan tubuh badan sihat, minda cerdas serta keupayaan daya saing yang lebih tinggi.

SAYS.com
Image via Dr Zaliha Mustafa (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: