Selepas Hampir Sedekad Berpisah, Bekas Suami Isteri Kembali Bersatu Demi Impian Anak

Alhamdulillah, panjang jodoh mereka. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadangkala, jodoh yang tertulis tidaklah benar-benar berakhir, tetapi cuma berehat seketika

Seperti apa yang terjadi kepada pasangan ini apabila selepas hampir sedekad membawa haluan masing-masing, mereka akhirnya kembali bergelar suami isteri dan sekali gus merealisasikan impian dua anak lelaki mereka yang sejak kecil menyimpan harapan agar ibu bapa disatukan semula.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Razip, 50, dan Juliana, 46, selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung penuh sederhana di Masjid Bandar Labis, Johor pada 27 Disember lalu.

Penyatuan itu menjadi detik paling bermakna buat anak-anak mereka, Muhammad Adam Hariz, 19, dan Muhammad Adam Sufian, 17, atau lebih dikenali sebagai Yayan.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut Mohd Razip, perpisahan mereka pada 2016 berlaku secara baik selepas tiada lagi persefahaman, namun hubungan sebagai ibu bapa kepada anak-anak tidak pernah terputus

Walau bagaimanapun, dia mengakui bukan mudah untuk membuka hati menerima wanita lain kerana memikirkan perasaan anak-anak.

"Saya banyak fikirkan anak dan pernah satu masa, saya duduk bersembang dengan anak kedua dan saja tanya apa impiannya. Jawabnya, nak mama dengan papa bersatu semula dan waktu itu, dia masih bersekolah rendah.

"Jujurnya 'koyak' selepas berpisah namun saya terima ia sebagai ujian Allah SWT dan masih berhubung dengan isteri waktu itu berkaitan urusan anak. Kiranya kami tak bermasam muka pun cuma tak ada bermesej jika tiada keperluan,"
katanya.

Dorongan keluarga, terutama adik ipar, turut memainkan peranan dalam menyatukan kembali pasangan itu. Namun, Mohd Razip mengakui perasaan malu dan trauma masa lalu membuatkan dia teragak-agak untuk meluahkan hasrat.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Saya nak rujuk dengan isteri tapi jujurnya ada takut dan fobia tapi ditakdirkan isteri yang mulakan langkah dengan luahkan hasratnya sebelum berlepas mengerjakan umrah pada April tahun lalu.

"Dia tanya saya sudi atau tidak, saya jawab sudi cuma minta dia fokus dengan ibadah dan bincang hal itu selepas dia pulang dari Tanah Suci.

"Sebenarnya, saya pun ada ke Tanah Suci sebelum itu dan berdoa di sana untuk hubungan kami. Mungkin doa itu diperkenankan hingga akhirnya kami bersatu semula sebagai suami isteri
.

"Dalam erti kata lain, saya sudah terima takdir hidup bersendirian tapi dalam usia sekarang, Allah SWT takdirkan saya bertemu jodoh dengan orang yang sama. Lebih indah, manis dan mudah sebenarnya kerana kami pernah hidup bersama dulu," katanya lagi.

Sementara itu, Juliana mengakui langkah pertama untuk meluahkan perasaan bukanlah sesuatu yang mudah, namun impian anak-anak menjadi kekuatan utama untuk mengetepikan ego dan membuka semula pintu hati

"Bila nak berkawan semula dengan suami, memang ada perasaan janggal dan macam orang asing tapi anak sulung jadi perantara sebelum kami disatukan.

"Ikutkan tak mudah untuk kembali bersama tapi jiwa anak kena diisi dengan kasih sayang jadi itu sebab saya pertimbangkan keputusan rujuk dengan suami. Sehingga kini, rasa macam mimpi dan kekok lagi walau kami sudah sah sebagai suami isteri tapi pengalaman lalu mendewasakan.

"Kini, kami lebih matang, akan belajar daripada kesilapan dan sentiasa muhasabah diri kerana usia sekarang adalah fasa nak bertenang. Harapnya perkahwinan kali kedua ini bahagia hendaknya sampai ke syurga,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: