Nyanyian Cikgu Di Majlis Persaraan Buat Ramai Terpesona – “Muka Khairul Aming, Suara Anuar Zain”
Fuhh memang sebijik suara Anuar Zain!
Cover image via @ZainulRashidi (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang guru lelaki mencuri perhatian pengguna media sosial selepas video nyanyian beliau tular di TikTok apabila ramai menyifatkan suaranya seakan penyanyi terkenal, Anuar Zain
Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai, cikgu berkenaan dikatakan memiliki raut wajah yang mengingatkan kepada pempengaruh popular, Khairul Aming.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ZainulRashidi, guru berkenaan menyampaikan lagu 'Sedetik Lebih' dengan penuh penghayatan.
Nyanyiannya yang merdu dan terkawal mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya, sekali gus mencetuskan perbincangan di ruangan komen.

Menurut perkongsian lanjut di ruangan komen, guru tersebut bertugas di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor dan merupakan anak jati negeri berkenaan
Rakaman video yang memaparkan beliau sedang menyanyi itu nyata meninggalkan kesan kepada pengguna TikTok, malah ramai memuji keupayaan vokalnya serta menyifatkan nyanyian tersebut setanding dengan penyanyi profesional.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah pandangan seorang pengguna menyatakan sekolah tidak perlu menjemput artis luar bagi acara tertentu kerana sudah memiliki warga pendidik yang berbakat dalam bidang nyanyian.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:



Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



