KWSP Umum Penambahbaikan Besar Dasar & Produk, Berkuat Kuasa Mulai Bulan Ini

Difahamkan, langkah itu bertujuan memperkukuh simpanan persaraan ahli, meluaskan perlindungan sosial dan menambah baik pengalaman keseluruhan ahli KWSP.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & EPF
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan beberapa penambahbaikan penting melibatkan dasar dan produk simpanan persaraan yang akan berkuat kuasa mulai Januari Ini

Difahamkan, langkah berkenaan bertujuan memperkukuh simpanan persaraan ahli, meluaskan perlindungan sosial serta menambah baik pengalaman keseluruhan ahli selaras dengan keperluan kewangan semasa.

Menurut kenyataan rasmi KWSP, penambahbaikan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Belanjawan 2026 yang diumumkan pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi itu dalam menyokong kesejahteraan dan daya tahan kewangan jangka panjang ahli.

Antara perubahan utama yang diumumkan ialah peningkatan had Pengeluaran Haji daripada RM3,000 kepada RM10,000 daripada Akaun Sejahtera, khusus bagi membantu ahli yang menerima tawaran menunaikan ibadah haji.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Keperluan untuk mengesahkan baki dalam akaun simpanan Tabung Haji ahli bagi menentukan amaun kelayakan pengeluaran akan dimansuhkan, sekali gus mempermudah proses permohonan dan membolehkan ahli membuat perancangan haji dengan lebih baik," menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, KWSP turut memperkenalkan i-Saraan Plus, iaitu kemudahan caruman sukarela khas untuk pemandu e-panggilan dan p-panggilan

Melalui inisiatif itu, golongan berkenaan layak menerima insentif padanan kerajaan yang lebih tinggi sehingga RM600 setahun, tertakluk kepada had seumur hidup RM6,000.

KWSP memaklumkan, pemandu yang layak akan didaftarkan sebagai ahli KWSP melalui penyedia platform yang mengambil bahagian, selain dibantu dalam pelaksanaan potongan caruman berdasarkan kadar yang ditentukan sendiri.

Bagi skim i-Suri, umur kelayakan akan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun, selaras dengan umur persaraan minimum negara. Insentif padanan kerajaan pula diteruskan pada kadar 50 peratus daripada caruman tahunan, dengan had RM300 setahun dan RM3,000 seumur hidup.

SAYS.com
Image via EPF

Selain itu, Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) merangkumi tiga tahap simpanan sebagai panduan perancangan persaraan:

  • Simpanan Dipertingkatkan: RM1.3 juta
  • Simpanan Asas: RM390,000
  • Simpanan Mencukupi: RM650,000

Selaras dengan tahap Simpanan dipertingkatkan, KWSP akan menambah baik dasar Pengeluaran Melebihi RM1 juta bagi ahli di bawah umur 55 tahun

Pelaksanaannya dibuat secara berperingkat dengan kenaikan had RM100,000 setahun sepanjang tempoh tiga tahun, bermula RM1.1 juta pada 2026.

KWSP turut memaklumkan bahawa kelayakan Skim Pelaburan Ahli (SPA) akan diselaraskan berdasarkan tahap Simpanan Asas melalui pelaksanaan berperingkat kuantum simpanan minimum, bagi memastikan pelaburan lebihan simpanan tidak menjejaskan keperluan asas persaraan ahli.

Dalam usaha menggalakkan simpanan sukarela, KWSP memperkenalkan penjenamaan baharu iaitu i-Simpan bagi Caruman Pilihan Sendiri dan i-Topup bagi Caruman Melebihi Kadar Berkanun. Penjenamaan ini melengkapkan kemudahan sedia ada seperti i-Saraan, i-Sayang dan i-Suri.

Maklumat lanjut mengenai semua inisiatif ini boleh didapati melalui soalan lazim di laman web rasmi KWSP.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: