YouTuber AS Puji Malaysia Bersih & Moden, Terkejut MRT Bukit Bintang Tak Ada Sampah Langsung

Come on, Malaysia kot!

Enlarge text
Cover ImageCover image via China Mac TV
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang YouTuber dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai China Mac TV baru-baru ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila dia memuji tahap kebersihan dan kemodenan negara ini selepas berkunjung ke ibu kota Kuala Lumpur

Menerusi vlognya yang berdurasi 41 minit, Mac dilihat cukup kagum ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT, khususnya di stesen MRT Bukit Bintang.

"Saya berada di stesen MRT dan saya perasan tiada sampah langsung. Tidak ada gelandangan. Bau pun tak ada. Sangat bersih dan selesa," katanya.

Antara perkara yang membuatkan dia kagum adalah kewujudan koc khas untuk wanita, sesuatu yang menurutnya tidak pernah ditemui di mana-mana negara lain yang pernah dilawatinya.

Bukan hanya memuji sistem pengangkutan awam, Mac turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang moden, bersih dan teratur

Dalam videonya, dia menaiki MRT dari Bukit Bintang menuju ke TRX Mall, salah satu mercu tanda beli-belah baharu di Kuala Lumpur yang turut mendapat pujian darinya dari segi reka bentuk dan kemudahan.

Mac turut menyatakan bahawa dia telah mengembara ke banyak negara, namun Malaysia antara destinasi yang benar-benar mengejutkannya dari aspek kebersihan, struktur bandar, sistem pengangkutan, hinggalah budaya makanan.

Pengalamannya ternyata memberi perspektif positif kepada penonton luar yang mungkin tidak menyangka Malaysia mampu berdiri setanding negara maju dari segi kemudahan awam dan suasana bandar yang terurus.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: