Warga Emas Kini Boleh Buat Temujanji Vaksin Influenza, Ini Cara Daftar & Pilih Lokasi Suntikan

Program imunisasi ini telah berjalan sejak beberapa bulan lalu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jangkitan influenza yang kebiasaannya hanya menyebabkan simptom ringan seperti demam, batuk dan sakit badan dalam kalangan orang muda, boleh menjadi lebih serius bagi golongan warga emas

Influenza juga boleh memburukkan keadaan pesakit yang mempunyai masalah paru-paru kronik atau kegagalan jantung, menyebabkan mereka memerlukan rawatan di hospital.

Justeru, golongan berisiko disarankan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza tahunan sebagai langkah pencegahan utama daripada jangkitan yang boleh membawa maut ini.


Siapa yang layak?

Berumur umur 60 tahun ke atas. Mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, paru-paru, darah tinggi, obesiti (BMI >30), kolesterol tinggi, atau buah pinggang.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Cara buat temujanji?


1. Buka aplikasi MySejahtera

SAYS.com
Image via MySejahtera

Pastikan aplikasi MySejahtera anda dikemas kini ke versi terkini di Google Play atau App Store.

Log masuk seperti biasa menggunakan akaun sedia ada.


2. Pilih menu Appointments

SAYS.com
Image via MySejahtera

Pada halaman utama klik pada butang 'Appointments'.


3. Klik pada 'Influenza Immunization for Senior Citizen'

SAYS.com
Image via MySejahtera

MySejahtera akan paparkan pelbagai servis kesihatan. Anda perlu klik pada Influenza Immunization for Senior Citizen.


4. Pilih Klinik Kesihatan kerajaan berdekatan yang masih menawarkan perkhidmatan ini

SAYS.com
Image via MySejahtera

Anda akan melihat senarai klinik atau hospital berhampiran lokasi anda.

Pilih fasiliti yang anda mahu, kemudian semak tarikh dan masa yang tersedia.

Untuk pengetahuan anda, program imunisasi ini telah berjalan sejak beberapa bulan lalu dan bekalan vaksin kini semakin terhad.

Jadi, bagi yang layak buat temujanji secepat mungkin sebelum stok habis. Satu suntikan, boleh kurangkan risiko komplikasi yang meragut nyawa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: