Wanita Kongsi Cara Mudah & Murah Buat Pemeriksaan Kesihatan – “Jumpa Doktor RM1 Je”

Inisiatif itu sebenarnya sudah lama diperkenalkan kerajaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan asas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nina Salleh (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai masih ambil ringan soal pemeriksaan kesihatan tahunan

Iyalah, bukan semua orang mampu bayar ratusan ringgit untuk saringan di fasiliti kesihatan swasta. Tetapi sebenarnya, ada cara jauh lebih murah, malah hanya perlu bayar RM1 sahaja.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, Nina Salleh, menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan bahawa pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan hanya dikenakan caj minimum itu.

Menurutnya, pesakit hanya perlu membayar RM1 untuk caj konsultasi doktor dan RM1 lagi untuk semakan keputusan ujian darah.

Inisiatif itu sebenarnya sudah lama diperkenalkan kerajaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan asas.

SAYS.com
Image via CodeBlue

Cara buat pemeriksaan kesihatan melalui MySejahtera

Bagi yang belum tahu, tempahan boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera. Berikut di bawah adalah langkah-langkahnya:

  1. Log masuk aplikasi MySejahtera (muat turun di Google Play atau App Store jika belum ada).
  2. Pilih menu 'Appointments'.
  3. Tekan nama individu yang ingin membuat pemeriksaan.
  4. Pilih 'National Health Screening Initiative' (NHSI).
  5. Pilih klinik kesihatan berdekatan.
  6. Pilih tarikh dan waktu.
  7. Selesai.

"Kalau pergi awal, dalam pukul 10, kebetulan last makan jam 10 malam, boleh la bodek-bodek supaya ambik darah terus. Selain dari ujian darah, ECG, ujian air kencing, papsmear pun boleh buat. Jom kita semua sama-sama jaga," katanya.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: