Wanita Buka Kebun Sayur Percuma Untuk Pengunjung – “Petik Sendiri, Bayar Ikut Timbang”
Wah bestnya boleh petik sayur sendiri, dah tentu fresh!
Cover image via @lilyfhad (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pengguna Thread berkongsi dengan warganet mengenai kebun sayur miliknya yang terletak di Kg Kubang, Nilai, Negeri Sembilan
Menerusi perkongsian di laman Threads, kebun sayur itu baru sahaja diusahakan dalam bulan April tahun lepas. Ujarnya lagi, dia memberi fokus sepenuhnya kepada kebun tersebut dan bukan hanya sekadar hobi.
Menurutnya, kesedaran untuk mengusahakan kebun tersebut tercetus apabila melihat pelbagai konflik yang berlaku di luar negara, yang kebanyakannya melibatkan sumber makanan. Dari situ, timbul keinginan untuk lebih berdikari dalam penghasilan makanan sendiri.
Apa yang menarik, kebun seluas 1.5 ekar itu dipenuhi dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti timun, labu air, kacang panjang, bendi serta sayur maman.

Lebih unik, kebunnya dibuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk
"Masuk tak perlu bayar apa-apa, ia percuma sahaja. Cuma bayar harga sayur yang dibeli sahaja," katanya.
Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik sendiri sayur segar terus dari kebun, sesuatu yang jarang dirasai terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Selain itu, harga yang ditawarkan juga lebih berpatutan berbanding di pasaran, di samping menjanjikan kesegaran yang lebih terjamin.
"Kadang-kadang sayur di pasaraya kecil tu sayur lama, jadi bila beli di kebun, pembeli boleh menikmati sayuran segar," katanya lagi.


Antara harga yang ditawarkan termasuk kacang panjang RM4.50/kg, bendi RM5/kg, timun RM2.50/kg, sayur maman RM10/kg dan labu air RM2/kg.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan sayur segar, malah membuka peluang kepada orang ramai untuk lebih menghargai proses penanaman makanan dari dekat.
Lihat perkongsian di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



