Wanita Ajak Dating Tapi Bawa Satu Family, Lelaki ‘Rugi’ RM300 Siap Kena Belanja Shopping
Haih, macam tu pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam dunia perhubungan, fasa perkenalan sering menjadi titik awal yang menentukan hala tuju sesuatu hubungan
Pada tahap ini, pertemuan atau dating bukan sekadar untuk berseronok, tetapi ruang untuk saling mengenali hati budi, nilai serta keserasian antara dua individu.
Namun, tular di media sosial mencuri perhatian warganet apabila seorang lelaki berkongsi pengalaman pahit ketika keluar dating bersama kenalan wanitanya.
Apa yang sepatutnya menjadi pertemuan berdua bertukar menjadi kejutan besar apabila wanita tersebut hadir bersama satu keluarga lengkap.

Gambar sekadar hiasan.
Image via CosmopolitanDating bawa satu keluarga, habis 300 untuk satu malam
Menerusi perkongsian di platform Threads, seorang lelaki menceritakan pengalaman pahit yang dialaminya ketika keluar berjanji temu dengan seorang wanita.
Menurutnya, apa yang disangka sebagai pertemuan biasa bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka apabila wanita berkenaan hadir bersama ahli keluarganya, termasuk ibu dan adik.
Katanya, tujuan membawa keluarga mungkin bagi mengelakkan sebarang fitnah, namun keadaan itu akhirnya menimbulkan beban kewangan buat dirinya.
"Bayangkan, satu hidangan pun sudah mencecah RM50. Saya bukannya anak orang kaya, nak tanggung semua memang terasa berat," luahnya.
Lebih mengejutkan, lelaki itu turut mendakwa terpaksa menanggung kos keseluruhan sehingga RM300 dalam satu malam, termasuk membayar makan malam serta perbelanjaan membeli-belah untuk ibu dan adik wanita tersebut.
Bagaimanapun, lelaki itu tetap memilih untuk bersikap positif meskipun berdepan pengalaman yang mengecewakan.
Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan nasihat serta pandangan membina, selain menganggap perbelanjaan tersebut sebagai satu bentuk sedekah terakhir buat wanita berkenaan dan keluarganya.
"Saya tak minta balik bayaran itu. Saya harap perempuan lain jangan ambil kesempatan ke atas lelaki. Kami pun banyak tanggungjawab," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via