Waktu Solat Malaysia Kini Di HUAWEI Watch, Pengalaman Islamik Di Pergelangan Tangan Anda!
Nikmati fungsi Waktu Solat Malaysia di pergelangan tangan anda sekarang.
Cover image via HUAWEIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kini anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada kerisauan terlepas waktu solat! HUAWEI menawarkan penyelesaian yang paling praktikal dan eksklusif untuk pengguna di Malaysia
Dengan pengenalan aplikasi Waktu Solat Malaysia pada HUAWEI Wearables, jenama ini bukan sahaja membekalkan teknologi canggih, malah turut menjadi antara yang pertama memahami dan mengutamakan keperluan gaya hidup Muslim moden di negara ini.
Aplikasi Waktu Solat Malaysia kini di pergelangan tangan anda

Melalui aplikasi Waktu Solat Malaysia, pengguna boleh menikmati kemudahan:
- Paparan waktu solat harian terus di smartwatch
- Arah Qiblat (untuk model terpilih)
- Rujukan doa dan kandungan Islamik
- Notifikasi masuk waktu solat, terus di pergelangan tangan
- Tidak perlu lagi buka telefon setiap kali nak semak waktu solat
Semuanya tersedia di smartwatch anda sama ada anda di pejabat, dalam perjalanan atau sedang travel.
Fungsi yang dibangunkan khas untuk Malaysia
Apa yang menjadikan fungsi ini istimewa ialah ia direka khas untuk masyarakat Muslim di Malaysia. Setiap waktu solat yang dipaparkan disesuaikan dengan zon waktu tempatan (JAKIM-based), memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini boleh digunakan pada iOS dan Android sekaligus membolehkan semua pengguna boleh menikmati pengalaman yang sama tanpa batasan.

Boleh digunakan di HUAWEI Watch GT 6 Series & model lain
Berita baik untuk peminat teknologi HUAWEI, aplikasi ini boleh digunakan pada pelbagai model termasuk:
- HUAWEI WATCH FIT 4 / FIT 4 PRO
- HUAWEI WATCH GT 5 / GT 5 PRO
- HUAWEI WATCH GT 6 / GT 6 PRO
- HUAWEI WATCH 5
- HUAWEI WATCH ULTIMATE 2
Untuk pengguna HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH ULTIMATE 2, anda akan dapat fungsi kiblat eksklusif, menjadikan pengalaman Islamik ini lebih lengkap seolah-olah ada kompas iman digital di pergelangan tangan anda.
Gaya hidup moden dengan sentuhan Islamik

Kalau anda merupakan seseorang yang mahu tampil bergaya serta mahu nikmati teknologi canggih di pergelangan tangan, HUAWEI WATCH GT 6 Series adalah jawapannya.
Rekaan HUAWEI GT 6 Series yang elegan serta hadir dengan aerospace-grade titanium alloy dan kaca sapphire yang tahan calar membuatkan model ini tampil eksklusif.
Mengenai ketahanan bateri pula, HUAWEI GT 6 Series berpeluang bertahan sehingga 21 hari untuk satu pengecasan penuh.
Model ini juga dilengkapi ciri kecergasan dan kesihatan canggih seperti pemantauan tidur, kadar denyutan jantung serta stress level tracker.
Bagi anda yang suka bersenam, terdapat lebih 100 mod sukan untuk dipilih.
Lebih memudahkan apabila anda boleh buat bayaran terus dengan TNG QR Payment, guna MyBorderPass bila travel dan balas mesej WhatsApp terus dari jam tangan. Semua dalam satu peranti, memang lengkap!
Dalam erti kata lain, smartwatch ini bukan sekadar peneman gaya hidup moden tetapi juga sahabat yang membantu anda kekal seimbang antara dunia dan akhirat.
Inilah masa terbaik untuk dapatkan HUAWEI Watch GT 6

Untuk pengetahuan, sekarang adalah waktu terbaik untuk memiliki HUAWEI Watch GT 6 Series sebabnya dengan setiap pembelian, para pelanggan bakal menerima hadiah percuma bernilai RM446.
Gabungan reka bentuk bergaya, fungsi outdoor, bateri tahan lama dan kini dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia menjadikan HUAWEI Watch GT 6 sebagai smartwatch pilihan utama untuk umat Islam moden di Malaysia.
Cara dapatkan aplikasi Waktu Solat Malaysia
Lebih menarik lagi, para pengguna berpeluang menggunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia semudah tiga cara sahaja.
- Pastikan HUAWEI Watch anda serasi dengan aplikasi ini
- Pasang melalui HUAWEI Health App pada telefon anda
- Cari 'Waktu Solat Malaysia' dan ikuti langkah pemasangan

Selesai serasikan, anda kini boleh semak waktu solat, arah kiblat, dan doa terus dari smartwatch.
Menerusi integrasi aplikasi Waktu Solat Malaysia pada HUAWEI Wearables, HUAWEI benar-benar membawakan inovasi yang dekat dengan jiwa Muslim Malaysia dalam memudahkan urusan harian, tanpa mengabaikan tuntutan ibadah.
Jadi, anda tunggu apa lagi, nikmati fungsi Waktu Solat Malaysia di HUAWEI Watch sekarang. Pengalaman Islamik di pergelangan tangan anda!
Anda juga boleh dapatkan HUAWEI GT 6 Series menerusi HUAWEI Store, Shopee, Lazada mahupun di TikTok!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



