[VIDEO] Lelaki Terharu Kawan-Kawan Sanggup Kumpul Duit Bagi Hadiah Sempena Miliki Rumah Pertama

Wah bertuahnya dia dikelilingi kawan yang baik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @acak_east (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Untuk miliki rumah sendiri bukanlah satu hal yang mudah, tapi bila impian itu akhirnya tercapai, mesti kita akan rasa syukur tak terkata

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda yang berkongsi detik penuh bermakna saat menerima kunci rumah pertamanya di Cybersouth, Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh ialah bukan sekadar kejayaannya membeli rumah, tetapi juga kejutan istimewa daripada rakan-rakannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @acak_east, lelaki itu berkongsi momen sewaktu mengambil kunci rumah pada 6 Ogos lalu.

SAYS.com
Image via @acak_east (TikTok)

"Rumah pertama, kunci baru, tanggungjawab pun besar. Tapi tak sangka sahabat datang bawa rezeki. Satu rumah penuh dengan barang keperluan diaorang hadiahkan. Aku menitis air mata, sebab dorang faham," katanya.

Tanpa disangka-sangka, beberapa orang rakan karibnya muncul membawa pelbagai barangan rumah

Bukan satu dua barang, tapi sampai penuh satu rumah! Antara hadiah yang diterima termasuk periuk nasi, kuali, kipas elektrik, set pemanggang BBQ, mesin basuh dan juga peti sejuk dua pintu.

Dalam video tersebut, pemuda berkenaan dilihat sebak dan menitiskan air mata bila melihat keprihatinan kawan-kawannya itu.

SAYS.com
Image via @acak_east (TikTok)

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via