[VIDEO] Iklan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 Yang Confirm Bikin Sebak & Bangga
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-68 tahun!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tiba bulan Ogos dan September, memang tak lengkap kalau kita tak tengok iklan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Tahun 2025 pun sama, beberapa jenama dan agensi sudah mula keluarkan iklan khas mereka ada yang buat kita sebak, ada yang buat kita tersenyum bangga.
Paling best, iklan-iklan ni bukan sekadar cerita biasa, tapi sarat dengan mesej tentang persatuan, pengorbanan dan rasa cinta terhadap tanah air.
Nota editor: Video-video di bawah disusun tanpa mengikut turutan tertentu.
1. PETRONAS
Dalam filem terbaharu Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia oleh PETRONAS, kisahnya berpusat pada seorang guru sejarah penuh dedikasi bernama Cikgu Murni. Dengan semangat membara, beliau melangkah masuk ke sekolah baharu dengan harapan untuk menyemai cinta negara dalam diri pelajar-pelajarnya.
Namun, semangat itu sedikit tergugat apabila mendapati murid-muridnya tidak menunjukkan minat sewaktu bacaan Rukun Negara. Dari situlah bermula perjalanan penuh emosi Cikgu Murni untuk menyalakan kembali rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam jiwa generasi muda.
2. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
ASNB tahun ini tampil dengan iklan yang cukup dekat di hati yang memaparkan realiti hidup rakyat Malaysia yang sering berdepan isu belanja berlebihan, kejar kebebasan kewangan, dan persoalan tentang apa erti sebenar kemerdekaan dalam hidup.
Mesejnya ringkas tapi padat: sudah tiba masanya untuk 'Generasi Labur' bangkit, melabur demi masa depan yang lebih kukuh, sebab setiap sen yang dilaburkan itu membawa makna besar untuk hari esok.
3. CelcomDigi
Kalau anda suka iklan yang jujur dan terasa dekat di hati, memang wajib tonton "Dari Mata Kita" daripada CelcomDigi sempena Hari Kebangsaan kali ini.
Iklan ini bawa kita jelajah lebih 160 daerah seluruh Malaysia dansemuanya dirakam daripada sudut pandang rakyat sendiri. Hasilnya? Satu kisah yang tulen, penuh emosi, dan sarat dengan detik-detik kecil yang mengingatkan kita apa yang buat negara ini begitu istimewa.
4. Grab
Kalau anda rasa muzik video ini macam pernah dengar, memang betul sebab ia diinspirasikan daripada lagu patriotik sepanjang zaman, "Keranamu Malaysia", tapi kali ini dibawakan semula dalam gaya Grab!
Hasilnya? Comel, nakal, dan sangat relatable, sejenis iklan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia yang kita tak sangka perlukan, tapi terus jatuh cinta bila tengok.
5. Ambank
"Our Malaysia: Then & Always" diinspirasikan daripada kisah benar rakyat biasa Malaysia.
Daripada cerita tentang "macam mana kehidupan dulu-dulu" hinggalah kepada "apa makna Merdeka bagi mereka", filem ini dijamin buat anda tersentuh sambil dibawa menyusuri lorong kenangan.
6. Boost
Filem pendek Hari Kebangsaan daripada Boost kali ini tampil dengan sentuhan kelakar bertajuk 68 Merdeka Kewangan.
Dalam kisah ini, pelbagai watak "YB" seperti YB Simpanan dan YB Shopping berdebat sengit untuk berebut bahagian gaji bulanan. Soalnya, siapa akhirnya akan menang?
7. Maxis
Maxis gandakan rasa semangat Merdeka tahun ini dengan bukan satu, tapi dua filem pendek istimewa!
Yang pertama, One Dream At A Time, menampilkan bintang beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah, yang berkongsi semangat serta ketabahan mereka dalam mengejar impian. Ia jadi peringatan bahawa setiap kemenangan besar bermula dengan langkah kecil yang konsisten.
Filem kedua pula, Ilmu Cahaya Merdeka, menyorot kisah Khairul Anwar, pengasas aplikasi pembelajaran Pandai. Dengan kuiz, video dan nota interaktif, misinya jelas memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh setiap pelajar, tanpa mengira di mana mereka berada.
8. Maybank
Setiap anak kecil menyimpan impian besar, dan setiap impian itu memerlukan seorang pembina yang sabar membimbingnya.
Di sebalik jalan hidup yang berliku, masih ada insan-insan yang teguh mendidik demi masa depan anak bangsa.
9. BSN
Apa agaknya soalan si kecil pada rakyat Malaysia? Dari nasi lemak sampai ke semangat perpaduan, semuanya dikongsi dengan gelagat comel penuh patriotik dalam video khas Hari Kebangsaan ke-68 ini/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 