[VIDEO] Fatin Nabila Ingatkan Umat Islam Kelebihan Doa Iftitah Dalam Solat – “Tolong Jangan Tinggal”
Doa Iftitah itu sunat, tapi lebih baik kita baca dalam solat untuk pahala berganda.
Cover image via @fatinnnabila1 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Fatin Nabila baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas berkongsi tentang kepentingan doa Iftitah dalam solat
Menerusi satu video di TikTok, Fatin menjelaskan bahawa ramai antara kita sering terburu-buru ketika solat, terutamanya ketika waktu Zohor dan Asar yang biasanya dilakukan dalam waktu bekerja.
Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk meninggalkan doa Iftitah kerana dianggap panjang dan memakan masa.

"Solat zohor dan solat asar, kita kan dalam masa bekerja. Jadi kita selalu terburu-buru sehingga kita tinggal doa Iftitah. Kita rasa doa itu panjang sangat," katanya.
Menurut hadis yang dikongsikan, doa Iftitah menjadi sebab pintu langit terbuka, dan kerana itu, Fatin menyeru orang ramai agar tidak mengambil ringan amalan ini
"Hadis itu mengatakan doa ini menyebabkan pintu langit terbuka. Jadi, tolong jangan tinggal. Walaupun awak terburu-buru, jangan risau. Insya-Allah sangat simple. Itu saja, terus baca surah Al-Fatihah," katanya lagi.
Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai pengguna TikTok yang turut mengakui sering meninggalkan doa Iftitah kerana ingin mempercepatkan solat, terutama ketika di tempat kerja. Ramai juga yang berterima kasih atas peringatan yang disampaikan Fatin dengan cara yang lembut dan penuh makna.
Doa Iftitah dibaca selepas takbiratul ihram dan sebelum bacaan Surah Al-Fatihah. Walaupun ia sunat, amalan ini tetap membawa ganjaran besar dan melambangkan kesempurnaan solat seseorang.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



