[VIDEO] Empat Beradik Cipta Sejarah, Kesemuanya Bergelar Al-Hafiz & Al-Hafizah – “Alhamdullilah”
MashaAllah, hebat didikan ibu bapa mereka.
Cover image via @akademiakmal (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila empat orang anak dalam sebuah keluarga berjaya menghafaz Al-Quran dan memperoleh gelaran Al-Hafiz serta Al-Hafizah

Menerusi hantaran rasmi di akaun TikTok @akademiakmal, Wan Muhammad Alwa'ez diumumkan sebagai anak keempat dalam keluarga tersebut yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran sepenuhnya.
Tiga orang kakaknya pula difahamkan sedang dalam persiapan akhir bagi menghadapi ujian syahadah 30 juzuk di akademi yang sama, sekali gus melengkapkan pencapaian luar biasa mereka.
Pada masa sama, pihak Akademi Akmal turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Penghargaan tersebut jelas mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan besar ibu bapa dalam mendidik, membimbing dan membentuk disiplin anak-anak sehingga mencapai kejayaan tersebut.
Rakaman video itu turut memaparkan detik penuh emosi apabila kedua-dua ibu bapa tidak dapat menahan air mata, jelas terharu dan bersyukur atas kejayaan yang dicapai oleh anak-anak mereka


Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 63,000 tontonan, sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kejayaan keluarga berkenaan.
Ramai yang turut mendoakan agar keempat-empat anak itu terus istiqamah dalam menjaga hafazan Al-Quran serta menjadikan ilmu tersebut sebagai panduan hidup.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



