[ULASAN] Filem TRON: Ares Memukau Penonton Namun Penceritaan Kurang Menyengat

Dunia Grid dihasilkan dengan penuh teliti dengan karakter baharu diperkenalkan.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini mengandungi spoilers.

Selepas lebih sedekad menunggu, francais TRON akhirnya kembali ke layar perak menerusi TRON: Ares. Filem arahan Joachim Rønning ini menampilkan Jared Leto sebagai Ares, satu entiti digital yang berjaya menembusi dunia manusia

Dari segi visual, filem ini benar-benar menakjubkan. Namun di sebalik pancaran neon dan kesan khas canggih, filem ini tidak mempunyai apa-apa hook yang menarik.

Visual hebat, dunia Grid sangat memukau

Image via Disney

Dari detik pertama, Ares memukau dengan sinematografi penuh gaya. Dunia digital dan realiti bergabung dengan visual neon yang sangat cantik, menjadikan setiap babak seolah-olah lukisan bergerak. Ditambah lagi dengan efek IMAX 3D, saya rasa setiap babak dan pergerakan seperti hidup. Bahagian aksi, terutamanya visual motor TRON yang meninggalkan efek cahaya sangat ikonik dan ia jelas mencerminkan elemen utama TRON sebagai karya visual yang dipuji.

Image via Disney

Skor muzik hasil gandingan Nine Inch Nails pula menghidupkan setiap suasana, menjadikan setiap adegan itu lebih rancak.

Watak Menarik, Cerita Kurang Menyengat

SAYS.com
Image via Disney

Jared Leto tampil dengan lakonan yang lebih tenang daripada biasa, memberi jiwa kepada Ares yang sedang mencari makna kewujudannya di dunia manusia. Greta Lee pula menambah sentuhan emosi melalui wataknya sebagai Eve Kim yang menjadi jambatan antara dua dunia ini.

Namun, potensi dua watak utama ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Banyak idea menarik yang diperkenalkan iaitu tentang kecerdasan buatan, identiti, dan nilai kemanusiaan tetapi semuanya tidak diteroka dengan baik. Malah, dinamik antara dua karakter ini seperti gagal dibina. Setiap kali Eve melontarkan dialognya, saya rasa agak janggal dan ia tidak connect dengan betul melalui perbualannya dengan Ares.

Motif karakter yang kurang menarik

SAYS.com
Image via Disney

Jutawan teknokrat yang ingin menarik pelabur dan menguasai 'dunia' namun perlumbaan ini menyebabkan ada kekurangan dari segi motif utama antagonis, Julian Dillinger (dimainkan oleh Evan Peters).

Didorong rasa ego untuk bersaing dengan ENCOM, saya agak kecewa apabila tidak ada imbas kembali mengenai Dillinger atau tidak ada penceritaan khusus yang mendorong motifnya selain ibunya, Elisabeth yang bertindak sebagai 'penasihat' sahaja.

Keupayaan syarikatnya, Dillinger Systems yang membolehkan watak ataupun objek dalam grid 'dibawa' ke dunia nyata dianggap salah satu tumpuan filem ini namun peraturannya tidak jelas kerana ada saat di mana karakter dalam grid tidak konsisten dan adakalanya boleh keluar sesuka hati tanpa butang ovveride.

Begitupun, setiap kenderaan ataupun war machine yang ditunjukkan sangat cantik, dihiasi dengan warna Neon dan babaknya ketika berada di dunia nyata ditunjukkan dengan terperinci bersama rekaannya yang futuristik.

Kesimpulan

Image via Disney

TRON: Ares boleh diibaratkan sebagai karya yang berani tetapi tidak sepenuhnya berjaya. Ia sebuah naskhah yang hebat jika dinilai dari segi visual, namun kurang menyengat dari segi penceritaan dan pembinaan watak.

Bagi peminat tegar TRON atau mereka yang gemarkan filem sains fiksyen dengan visual luar biasa, filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Tetapi bagi yang mencari penceritaan yang lebih mendalam, Ares ada kekurangannya sendiri namun masih menjadi pilihan menarik untuk ditonton.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: