Tular Video Budak Lelaki Kumpul RM767 Hasil Simpan RM15 Sehari Tanpa Pengetahuan Ibu

Banyak dapat tu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menabung merupakan satu amalan kewangan yang penting dan wajar dipupuk sejak usia muda

Ia bukan sekadar aktiviti menyimpan wang, tetapi satu proses pembentukan disiplin diri, tanggungjawab, serta kesedaran tentang nilai usaha dan masa depan.

Dalam dunia yang serba moden hari ini, budaya menabung semakin diberi perhatian semula, terutama dalam kalangan ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak tentang pengurusan kewangan secara bijak sejak kecil.

Namun, baru-baru ini tular kisah seorang ibu yang terkejut selepas menemui 'tabung rahsia' milik anak lelakinya di dalam beg sekolah.

SAYS.com
Image via @jeanniesoo7687 (Instagram)Image via

Anak berjaya menyimpan sebanyak RM767

Menerusi satu perkongsian video di Instagram oleh @jeanniesoo7687, seorang ibu berkongsi kisah mencuit hati apabila menemui wang simpanan anak lelakinya yang disimpan rapi di dalam beg sekolah tanpa pengetahuannya.

Wanita itu menjelaskan bahawa anaknya menerima wang saku harian sebanyak RM15, dan tanpa disedari, berjaya mengumpul jumlah yang mengagumkan sebanyak RM767.

"Kotak simpanan anak lelaki saya. Duit poket sehari RM15, dia boleh kumpul banyak simpanan dalam setahun. Dia bawa RM767 ke sekolah setiap hari," tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya kagum dengan disiplin dan kebijaksanaan si kecil dalam mengurus wang sendiri, sekali gus mengingatkan tentang pentingnya mendidik anak menabung sejak awal usia.

Lihat video di bawah:

Fetching content==

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik