The Library by ‘BookXcess’ 24 Jam Terbesar Kini Dibuka Di Sunway Square Mall – “Jom Check Out!”
Admin boleh duduk sini seharian sebab vibes dia memang tenang!
Cover image via The Library by BookXcess & Sabrina Zainal/SAYSFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah terfikir KL ada tempat yang korang boleh scroll buku pukul 3 pagi, sambil minum smoothie?
Baru-baru ini, The Library by BookXcess secara rasmi membuka The Library di Sunway Square pada 10 Disember sekali gus dinobatkan sebagai kedai buku 24 jam terbesar di Asia Tenggara, terletak di Bandar Sunway.
Tempat itu bukan sekadar besar, malah ia sangat luas! Ia direka sehingga mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk membaca di mana-mana sudut.

Dengan keluasan 38,000 kaki persegi merentasi dua tingkat, The Library by BookXcess direka untuk membuatkan pengunjung berhenti dan kagum sebaik melangkah masuk
Antara tarikan pertama ialah The Cone, sebuah arca seni bina yang memberi penghormatan kepada asal-usul Sunway sebagai kawasan perlombongan bijih timah, sekali gus menghubungkan sejarah silam dengan masa kini.
Turut mencuri tumpuan ialah Whale Fall, sebuah instalasi seni menakjubkan hasil karya artis Malaysia, CO2. Karya tersebut dihasilkan sepenuhnya daripada buku-buku rosak yang diselamatkan dari gudang BookXcess iaitu buku yang sepatutnya dibuang, namun diberi nafas baharu sebagai karya seni bercahaya dan unik.
Jika anda mendongak ke atas, anda akan melihat buku-buku yang digantung dari siling, mencipta ilusi seolah-olah ia sedang terbang. Ia menjadi peringatan kreatif bahawa membaca boleh menjadi sesuatu yang tidak dijangka dan menarik.

The Library by BookXcess dibahagikan kepada empat zon utama: Fiksyen, Bukan Fiksyen, Kanak-kanak dan Non-Books
Secara keseluruhan, terdapat lebih 40 kategori untuk anda explore!
Bahagian bukan fiksyen merupakan yang terbesar, menawarkan pelbagai genre merangkumi pembangunan diri, sejarah, seni dan banyak lagi.
Zon kanak-kanak pula dipenuhi buku berwarna-warni dan bahan pendidikan yang sesuai untuk pembaca muda.


Menariknya, setiap buku di ruang ini dipilih sendiri oleh pengasas BookXcess, menjadikan koleksi di sini lebih tersusun dan berkualiti.
Di bahagian tingkat atas, terdapat ruang mezzanin yang luas dengan meja, kerusi dan sudut selesa untuk belajar, bekerja, berbincang atau sekadar meluangkan masa bersama buku. Suasananya tenang dan terbuka, sesuai untuk mereka yang mencari ruang produktif.
Di aras ini juga terletaknya Becon Stationery, jenama tempatan yang menawarkan pelbagai alat tulis, buku nota dan aksesori rekaan menarik.

Bagi pencinta buku dan makanan, The Library turut menampilkan Kenny Hills Bakers yang menyajikan pastri istimewa, roti organik serta menu baharu khas untuk cawangan Sunway
Bersebelahan dengannya ialah Good Mojo Smoothies, outlet smoothie pertama oleh Kenny Hills yang menawarkan minuman menyegarkan dan berkhasiat.
Turut melengkapkan ruang ini ialah FRAK/TURE Fashion Studio, sebuah kedai fesyen dan thrift berkonsep avant-garde dengan estetika brutalist, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya unik dan berkarakter.
Kesemua ini disertai dengan pemandangan indah Tasik Sunway South Quay, menjadikan The Library tempat yang ideal untuk membaca, makan, membeli-belah, memerhati suasana sekeliling dan berehat dalam satu masa.


Untuk rekod, The Library by BookXcess telah beroperasi 24 jam bermula jam 10 malam, 10 Disember.
Alamat:
L2-19, Aras 2, Sunway Square Mall
Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



