Tak Sia-Sia Cuba Resipi Tular Khairul Aming, Suri Rumah Tak Menang Tangan Terima Order

Rezeki di bulan mulia, semoga bisnes terus maju!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang suri rumah tidak menyangka percubaannya mencuba resipi daripada pempengaruh terkenal, Khairul Aming akhirnya membuka pintu rezeki luar biasa sepanjang Ramadan tahun ini

Malah, hanya bermula dengan masakan untuk keluarga, kini dia mampu menjana pendapatan lumayan hasil jualan hidangan yang diinspirasikan daripada resipi milik Khairul Aming.

Menurut temu bual bersama Sinar Harian, Hazwani Hamdan, 36, berkata semuanya bermula apabila dia mencuba resipi ayam sos plum yang dikongsi personaliti terkenal dengan tagline "Hey, what's up guys!" itu.

"Pada awalnya memang buat suka-suka sahaja. Saya cuba resipi ayam sos plum yang dikongsi KA sebab nampak mudah dan menyelerakan.

"Tak sangka pula apabila saya kongsi di aplikasi WhatsApp, ramai yang bertanya sama ada saya menerima tempahan atau tidak
.

"Setiap hari saya akan pilih dua sajian berbeza bagi memberi pilihan kepada pelanggan setia. Mereka pun seronok sebab boleh rasa sajian berlainan sepanjang Ramadan dan jumlah tempahan memang di luar jangkaan," katanya.

Video masakan cecah satu juta tontonan

Lebih mengejutkan, video masakan yang dimuat naik di media sosialnya yang pada asalnya hanya untuk perkongsian bersama rakan berjaya mencecah satu juta tontonan.

Perkongsian tersebut akhirnya tular dan menarik lebih ramai pelanggan baharu. Hazwani mengakui tidak menyangka impaknya begitu besar.

Hasil jualan sepanjang Ramadan itu sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan keluarga.

Katanya, keuntungan yang diperoleh dapat digunakan untuk persiapan Aidilfitri seperti membeli baju anak-anak dan membuat simpanan tambahan.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: