Tak Nak Orang Keliru, Lelaki Kristian Britain Terangkan Maksud Ayat Pada Van Jenazah
Penjelasan Dobara itu nyata memberikan kefahaman buat mereka yang bukan Islam.
Cover image via @josephMuztich (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Van jenazah kebiasaannya berfungsi sebagai kenderaan khas untuk membawa insan yang telah meninggal dunia ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian
Ia bukan sekadar sebuah pengangkutan, malah menjadi simbol penghormatan terakhir kepada si mati.
Lazimnya, pada badan van jenazah akan tertera satu ayat atau tulisan khusus yang membawa makna mendalam sama ada berupa doa, peringatan tentang kematian, atau ungkapan yang mengingatkan orang ramai bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Sang Pencipta.

Penganut agama Kristian tapi tertarik dengan ayat pada van jenazah
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di platform X, seorang penerbit filem British, Charles Dobara tertarik untuk menerangkan sebaris ayat pada sebuah van jenazah yang berjaya mencuri tumpuan.
Beliau meluahkan rasa kagum melihat tulisan tersebut pada kenderaan berkenaan yang dipercayai berada di England.
Menariknya, meskipun Dobara seorang penganut agama Kristian dan bukan Muslim, beliau mampu menerangkan maksud ayat berkenaan dengan jelas serta ringkas.
Penerangan yang diberikan Dobara sedikit sebanyak membantu meredakan keresahan masyarakat tempatan yang sering berasa kurang selesa setiap kali terlihat van jenazah di jalan raya.
"Saya baru saja ternampak van ini, dan sebagai seorang Inggeris yang bukan beragama Islam, saya tahu ramai yang berasa bimbang apabila melihat tulisan Islamik (jawi) bersaiz besar berlatarbelakangkan warna hitam pada van tersebut.
"Oleh itu, saya buat video ringkas ini supaya anda tidak perlu risau. Biar saya jelaskan," ujar Dobara.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



