Syed Saddiq Kini Ironman Berkelas Dunia, Tamatkan Kejuaraan Dunia Dengan Catatan Masa 13 Jam!

Hebatlah YB, tahniah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @syedsaddiq (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang ahli politik, malah seorang atlet lasak yang hebat

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menamatkan Ironman World Championship 2025 yang berlangsung di Nice, Perancis.

Dalam satu perkongsian video di media sosial, Syed Saddiq mengakui kejayaan itu masih terasa seperti mimpi.

"Alhamdulillah, saya kini seorang yang berjaya menamatkan Kejuaraan Ironman Dunia 2025! Masih terasa seperti mimpi. Adakah ia pengakhiran perjalanan saya? Tidak.

"Saya lakukan ini untuk menjadi versi terbaik diri sendiri iaitu membina disiplin, menguatkan ketabahan serta daya juang selain menjadi cergas dari segi mental dan fizikal,"
katanya.

Berjaya tamatkan cabaran dalam catatan masa luar biasa

Untuk anda yang mungkin tak tahu, Ironman World Championship ialah salah satu kejohanan triatlon paling mencabar di dunia. Peserta perlu melalui 4km berenang, 180km berbasikal, dan 42km berlari. Semuanya perlu dihabiskan dalam satu hari.

Apa yang mengagumkan, Syed Saddiq berjaya menamatkan cabaran itu dengan catatan masa 13 jam 4 minit 36 saat. Beliau berada di kedudukan ke-1,705 daripada 2,337 peserta keseluruhan dan menduduki tempat ke-237 bagi kategori lelaki berusia 30 hingga 34 tahun.

Menurut beliau lagi, impiannya adalah untuk terus mampu menyertai Ironman hingga usianya mencecah 100 tahun.

Lihat video di bawah:

@syedsaddiq

Alhamdullilah. I am now an Ironman World Championship Finisher! Still feels like it's a dream. Is this the end of my ironman journey? Nope. I do this to be the best version of myself. To build discipline, to strengthen my grit and willpower, to be the fittest mentally and physically. I have a goal of being able to do an ironman until i turn a-100 years old. Inshaallah. Doakan.

♬ original sound – Syed Saddiq – Syed Saddiq

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: