Sunnah Panjangkan Bacaan Tarawih, Tapi Imam Perlu Fikirkan Keupayaan Jemaah

Bagi jemaah, pilihlah masjid atau surau yang bersesuaian dengan kemampuan diri agar ibadah dapat dilaksanakan dengan khusyuk dan istiqamah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Astro Awani
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya Ramadan, suasana malam di masjid dan surau seluruh negara kembali hidup dengan ibadah solat sunat Tarawih

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Tahukah anda bahawa memanjangkan bacaan solat Tarawih dengan tujuan mengkhatamkan keseluruhan Al-Quran sepanjang bulan mulia ini merupakan satu amalan yang sangat digalakkan?

Menurut laporan Waktu Solat, amalan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan ia merupakan tradisi para salafussoleh yang amat mencintai kalam Allah SWT.

Ulama seperti Imam al-Isnawi menukilkan pandangan tokoh besar antaranya Ibnu al-Solah dan Ibnu Abd al-Salam yang menyatakan bahawa mengkhatamkan Al-Quran dalam rangkaian solat Tarawih adalah lebih afdal berbanding mengulang surah yang sama pada setiap rakaat.

Dalam Mazhab Hanafi pula, Imam al-Zailai'i menegaskan bahawa hukum mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang Tarawih adalah sunat dan tidak wajar ditinggalkan hanya kerana bimbang terhadap rasa malas sebahagian manusia.

Keindahan bacaan yang panjang memberi peluang kepada jemaah untuk menghayati setiap juzuk serta menelusuri mesej dan hidayah yang terkandung di dalamnya.

Namun begitu, Islam adalah agama yang sarat dengan rahmah dan ihsan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cahaya Kompas

Dalam konteks ini, imam yang memimpin solat memikul amanah besar untuk mengambil kira keadaan makmum.

Tidak semua jemaah memiliki kekuatan fizikal yang sama ada warga emas yang uzur, ibu bapa yang membawa anak kecil serta individu yang keletihan selepas seharian bekerja.

Justeru, jika imam memilih untuk memendekkan bacaan atas pertimbangan maslahah umum, maka membaca satu surah yang lengkap adalah lebih baik daripada memotong ayat daripada surah panjang tanpa tujuan yang jelas.

Akhirnya, memanjangkan bacaan Tarawih merupakan satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran, manakala kesederhanaan pula menjadi kunci keharmonian berjemaah.

Bagi jemaah, pilihlah masjid atau surau yang bersesuaian dengan kemampuan diri agar ibadah dapat dilaksanakan dengan khusyuk dan istiqamah. Semoga setiap rakaat yang didirikan menjadi saksi pengabdian yang tulus di sisi-Nya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: