Skechers ‘Power Up’ Lancar Koleksi Kasut Terbaharu Hands Free Slip-ins®: Max Run
Koleksi baharu yang menggabungkan kemudahan slip-in dengan prestasi tahap tinggi.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dilancarkan pada 14 Oktober lalu, Skechers Hands Free Slip-ins®: Max Run, kini boleh didapati dalam 6 warna berbeza untuk lelaki dan wanita

Direka untuk mudah dipakai berserta ketahanan kusyen yang maksimum hingga ke garisan penamat, setiap pasang koleksi ini dilengkapi dengan teknologi terkini Skechers yang direka khas bagi mencapai keseimbangan sempurna antara prestasi, keselesaan dan kemudahan. Ia direka rapi sama ada untuk pelari kompetitif mahupun larian santai harian.
Teknologi inovatif untuk setiap langkah
Ciri utama inovasi Skechers Hands Free Slip-ins® adalah membolehkan pemakai menyarung kasut tanpa perlu membongkok kerana ia diperkukuhkan dengan Heel Pillow® iaitu teknologi 'signature' Skechers yang memastikan tumit sentiasa berada kekal pada tempatnya.
Untuk keselesaan maksimum, kasut ini juga menampilkan tapak dalam Skechers Air-Cooled Goga Mat™ yang bernafas dengan high-rebound cushioning, kusyen pertengahan ULTRA LIGHT, serta lapisan Skechers® Soft Stride™ yang ultra ringan untuk keselesaan berterusan setiap kilometer.


Tambahan lagi, koleksi ini boleh dibasuh menggunakan mesin dan direka bagi mencapai prestasi optimum dengan teknologi M-Strike®, yang membantu peralihan langkah dari tumit ke hujung jari kaki dengan lebih lancar.
Tapak tengah yanvg aerodinamik direka untuk kepantasan dan digabung pula dengan tapak getah Goodyear® anti-gelincir, memberikan cengkaman, kestabilan dan ketahanan terbaik di permukaan basah atau kering.


Boleh didapati di stor Skechers dan atas talian
Bermula dari RM439, Skechers Hands Free Slip-ins®: Max Run kini boleh didapati di stor Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre.
Koleksi ini juga boleh dibeli secara dalam talian di skechers.com.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



