Skechers Lancar Koleksi Terbaharu ‘SkechVibe’ Bersama Artis Tempatan Haris Rashid
Direka khas buat pencinta fesyen dan seni.
Cover image via SkechersFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama kasut global, Skechers buat julung-julung kalinya melancarkan kolaborasi eksklusif bersama artis tempatan terkenal, Haris Rashid baru-baru ini
Kolaborasi ini telah menampilkan koleksi Skechers SkechVibe, satu rangkaian edisi terhad yang menampilkan T-shirt dan beg tote yang diinspirasikan daripada keindahan warna dan pesona alam semula jadi Malaysia.
Koleksi ini mempersembahkan transformasi biodiversiti Malaysia ke dalam bentuk seni boleh pakai.
Melalui gaya lukisan Haris yang penuh warna dan sarat penceritaan, unsur flora, fauna, budaya dan warisan tempatan disuntik ke dalam rekaan fesyen harian, menjadikan setiap helaian sebagai 'kanvas berjalan' yang memancarkan ekspresi seni dan identiti.
Tampil dengan T-shirt uniseks berpotongan oversized yang santai dan beg tote kanvas berkualiti tinggi menjadikannya pilihan sempurna untuk keselesaan dan gaya
Dengan dua variasi warna untuk T-shirt dan satu warna eksklusif untuk beg tote, setiap item dalam koleksi ini mencerminkan tenaga dan keindahan landskap Malaysia.
Beg tote edisi ini bukan sekadar bag malah ia adalah apresiasi sebuah karya seni Diperbuat daripada fabrik cotton twill canvas, ia tahan lasak dan selesa digunakan.
Coraknya menampilkan bunga-bungaan yang bergabung dengan logo "S" ikonik Skechers, melambangkan ketahanan dan pertumbuhan semula jadi.
Sama ada digunakan untuk kerja, aktiviti harian atau gaya kasual, reka bentuknya yang luas dan tali kukuh menjadikan ia praktikal tanpa mengorbankan gaya.
Koleksi Skechers SkechVibe kini boleh didapati pada harga bermula RM99 di kedai konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, dan 1 Utama Shopping Centre. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Shopee dan Lazada.
Image via Skechers
Image via Skechers
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


