Skechers Lancar Koleksi ‘Football CTRL^ Pack’, Sharul Nazeem & Aliff Haiqal Dilantik Sebagai Atlet Rasmi

Koleksi Skechers Football CTRL^ Pack juga kini boleh didapati di beberapa cawangan Football Republic terpilih.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kasut antarabangsa Skechers mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia sukan dengan pelancaran Skechers Football CTRL^ Pack, koleksi kasut bola sepak baharu yang menggabungkan teknologi, keselesaan dan kawalan maksimum di padang

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Majlis pelancaran itu diadakan di LaLaport DO Arena baru-baru ini, menampilkan perlawanan persahabatan pemain Liga Super Malaysia seperti Indra Putra, Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau, dan Kevin Deeromram bersama-sama dengan pengamal media tempatan.

Majlis ini turut menyaksikan Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal diumumkan sebagai atlet rasmi Skechers, menyertai Safuwan Baharudin dalam barisan Skechers Malaysia.

Menurut Stephanie Chang, Pengurus Besar Skechers Malaysia, bola sepak bukan sekadar sukan, ia bahasa universal yang menyatukan orang ramai.

"Melalui koleksi ini, Skechers membawa semangat itu ke padang dengan rekaan berprestasi tinggi yang memberi keyakinan kepada pemain di setiap peringkat," katanya.

SAYS.com

Pengurus Besar Skechers Malaysia, Stephanie Chang

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Skechers CTRL^ Pack tersedia di kedai Football Republic terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Pavilion Elite, The Curve, dan Alor Setar

Pek Skechers CTRL^ merangkumi barisan Elite dan Academy yang dikonfigurasikan untuk Firm Ground (FG), dan barisan Club yang dibina untuk Multi-Ground (MG).

Harga bagi koleksi CTRL^ Pack Elite dijual dengan harga RM1199, koleksi CTRL^ Pack Academy pula dijual dengan harga RM499 manakala bagi MG dijual dengan harga RM339.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Sementara itu, rangkaian Skechers Kids, sebahagian daripada koleksi yang lebih luas, juga menawarkan pilihan FG dan MG untuk pemain muda.

Harga bagi koleksi CTRL^ Pack kanak-kanak dijual dengan harga RM259.

Dengan ketepatan, keselesaan, dan kawalan pada teras setiap reka bentuk, koleksi memastikan bahawa atlet elit, pemain rekreasi dan pemain muda boleh mencari kasut yang direka untuk memadankan permainan dan permukaan mereka mereka bermain.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi 'Football CTRL^ Pack' ini, anda boleh sahaja ikuti Skechers Malaysia di Facebook dan Instagram mereka.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SAYS SeismikImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: