Siti Nurhaliza Buat ‘Show’ Dalam Kapal Terbang, Penumpang Bertuah Dapat Jadi Penonton VVIP
Bestnya tiba-tiba dapat kejutan daripada TokTi.
Cover image via Siti Nurhaliza (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bayangkan sedang duduk tenang dalam penerbangan, tiba-tiba anda disajikan dengan persembahan suara merdu Dato' Sri Siti Nurhaliza secara eksklusif di depan mata
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila penyanyi nombor satu negara itu membuat kejutan dengan mengadakan 'mini show' dalam sebuah kapal terbang, menjadikan para penumpang di situ penonton VVIP yang cukup bertuah.
Suasana yang pada mulanya biasa-biasa sahaja bertukar meriah apabila Siti tampil menyanyi dengan penuh karisma, sekali gus mencipta momen istimewa yang pastinya sukar dilupakan oleh semua yang berada di dalam pesawat tersebut.

Uji kehebatan peminat untuk membawakan lagunya
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Siti Nurhaliza, difahamkan beliau ketika itu dalam perjalanan ke Yogyakarta, Indonesia dengan menaiki pesawat AirAsia.
Namun, sejam sebelum tiba ke destinasi, Siti sempat membuat kejutan apabila beliau mencabar beberapa penumpang untuk menyanyikan lagunya.
Lebih menarik, para peserta tidak pulang dengan tangan kosong kerana AirAsia turut menyediakan hadiah istimewa berupa cenderamata.
Malah, pemenang tempat pertama bertuah menerima tiket penerbangan pergi dan balik dari mana-mana destinasi di Indonesia ke Malaysia.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



