“Semua Pedas & Sedap” – Ini Beza Sambal Penyet, Gepuk & Gesek Dengan Resipinya

Min suka sambal gepuk! Korang pula?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut bab sambal memang tak lengkap kalau tiada sedikit perbandingan, lebih-lebih lagi bila melibatkan tiga ikon sambal yang popular di Malaysia

Sambal apa lagi kalau bukan sambal penyet, sambal gepuk, dan sambal gesek. Walaupun kelihatan sama dengan rupa yang merah dan pedas, sebenarnya ada perbezaan yang cukup ketara, dari cara masak sampailah ke rasanya.

Jom tengok beza tiga jenis sambal ini!

1. Sambal penyet

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cookpad

Sambal penyet biasanya dimasak lebih dari 6 jam untuk memastikan cili dimasak penuh dan menghasilkan rasa yang lebih pedas. Penyediaannya agak renyah dan memerlukan banyak bahan. Tetapi bila dihidang bersama ayam atau ikan goreng penyet, sambal ini memang jadi 'raja' di meja makan!

Bahan utama sambal penyet:

  • 25-30 biji / 500g cili merah besar
  • 60 biji / 300g cili padi merah
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 labu / 12 ulas bawang putih
  • 4 biji tomato
  • 3 inci belacan
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

Resipi sambal penyet:

  1. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili dan belacan, kisar atau tumbuk kasar.
  3. Tambahkan tomato, gula, garam, dan sedikit asam jawa.
  4. Masak dengan api perlahan lebih 6 jam sehingga pekat dan minyak timbul.
  5. Angkat, siap untuk hidangan ayam/ikan penyet.

2. Sambal gepuk

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via FriedChillies

Sambal gepuk pula lebih ringan, ringkas dan tak perlu masak lama-lama. Ia sering dijadikan pelengkap daging atau ayam gepuk. Apa yang menarik, sambal ini biasanya ada kacang gajus yang ditumbuk kasar, memberi tekstur dan rasa unik. Kalau nak guna kacang tanah pun boleh juga.

Bahan utama sambal gepuk:

  • Cili merah & cili padi
  • Bawang merah & bawang putih
  • Kacang gajus (tumbuk kasar)
  • Gula & garam

Resipi sambal gepuk:

  1. Tumis bawang & cili sehingga wangi.
  2. Masukkan kacang gajus, masak hingga sedikit pekat.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  4. Sambal siap untuk digaul bersama daging atau ayam gepuk.

3. Sambal gesek

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tiga Budak Gemok Original

Kalau nak yang paling ringkas dan cepat, sambal gesek adalah pilihan. Tak perlu masak lama, bahan pun paling minimal, sesuai kalau nak rasa pedas sambal tanpa menunggu lama. Ia lebih ringan dan sesuai untuk hidangan seharian.

Bahan utama sambal gesek:

  • Cili merah & cili padi
  • Bawang merah & bawang putih
  • Garam, gula, sedikit air asam jawa

Resipi ringkas sambal gesek:

  1. Kisar semua bahan cili & bawang.
  2. Tumis hingga naik bau, tambahkan garam, gula & air asam.
  3. Masak sekejap sahaja dan sambal gesek sedia untuk dihidang. Mudah bukan?

Jadi, mana satu pilihan anda?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: