Cili Kisar Tahan Berbulan- Bulan & Tak Berkulat, Ini Teknik ‘Pro’ Ramai Tak Tahu!
Admin dah cuba, memang menjadi!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nak cili kisar tahan lama tanpa berkulat bukan sekadar kisar dan simpan
Sebenarnya, ada teknik penting yang ramai terlepas pandang. Kalau buat dengan cara betul, cili kisar boleh kekal segar berbulan-bulan dalam peti ais. Jimat masa, jimat tenaga!
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna di Threads, terdapat lapan cara-cara penyediaan cili kisar yang anda boleh praktikkan di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
– Cili kering (ikut keperluan)
– Bawang merah (secukupnya)
– Bawang putih (secukupnya)
– Garam kasar (anggaran 1/2 hingga 1 sudu)
– Minyak masak
– Air bersih (air tapis/mineral)
Cara-cara penyediaan:
1. Gunting & buang biji cili kering
Potong cili kering untuk memudahkan proses pembersihan. Kaedah ini membantu mengurangkan rasa pahit dan mempercepatkan proses mencuci.
2. Cuci berulang kali sampai air jernih
Basuh cili kering di bawah air paip sambil diramas perlahan. Ulang 4 hingga 5 kali sehingga air tidak lagi keruh. Buang biji yang terpisah. Untuk bilasan terakhir, gunakan air bersih seperti air tapis atau air mineral tanpa meramas cili.
3. Rebus hingga cili lembut
Masukkan cili ke dalam periuk dan rebus menggunakan air bersih sehingga tekstur menjadi lembut. Ini membantu cili lebih mudah dikisar dan tahan lebih lama.
4. Sediakan bawang
Sementara menunggu cili lembut, kupas bawang merah dan bawang putih. Basuh bersih dan potong kecil supaya mudah dikisar.
5. Sejukkan & bilas semula
Selepas cili lembut, buang air rebusan dan bilas sekali lagi dengan air bersih untuk menyejukkan cili. Kemudian tapis hingga benar-benar kering.
6. Kisar bersama bahan penting
Masukkan cili, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar. Tambahkan garam kasar (sebagai bahan pengawet semula jadi), minyak masak dan sedikit air.
Nisbah boleh ubah ikut citarasa:
- Seimbang minyak & air, atau
- Lebihkan minyak untuk ketahanan lebih lama
7. Kisar hingga halus
Kisar sehingga mencapai tekstur yang diingini, sama ada halus atau sedikit kasar bergantung pada kegunaan masakan.
8. Simpan dengan betul
Tuang cili kisar ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan lebih lama.
Dengan teknik ini, cili kisar bukan sahaja tahan lebih lama, tapi juga lebih wangi, sedap dan 'power' bila dimasak. Jangan lupa cuba!

Gambar sekadar hiasan.
Image via Hidup Itu Indah (Blogspot)Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



