Anda Kini Boleh Jana Nama Sendiri Guna Imej Satelit NASA Sempena Hari Bumi
Admin dah cuba, anda bila lagi?
Cover image via @NASAKennedy (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebelum ini kita biasa tengok nama dalam bentuk font cantik atau grafik digital, kali ini lain macam sikit, lebih 'real' dan ada sentuhan alam semula jadi
Bersempena sambutan Hari Bumi, NASA tampil dengan satu inisiatif menarik yang membolehkan orang ramai menghasilkan nama sendiri menggunakan imej satelit sebenar dari permukaan bumi.
Menerusi perkongsian oleh akaun rasmi mereka, setiap huruf dalam nama anda akan dipadankan dengan imej landskap seperti sungai berliku, jalan raya, gunung-ganang dan pelbagai bentuk semula jadi lain yang secara kebetulan menyerupai abjad.

Lebih menarik, semua imej ini datang daripada program Landsat, iaitu misi satelit yang telah merakam perubahan permukaan bumi selama puluhan tahun.
Hasilnya? Nama anda bukan sekadar teks biasa, tetapi satu gabungan visual unik yang terbentuk daripada cebisan imej planet kita sendiri. Memang aesthetic dan ada mesej alam sekitar sekali!
Jom hasilkan nama anda dengan ikuti empat langkah di bawah:
- Layari laman khas oleh NASA – https://science.nasa.gov/specials/your-name-in-landsat/
- Masukkan nama anda pada ruangan disediakan
- Tekan 'Enter'
- Nama anda akan keluar dalam bentuk imej satelit bumi
Admin pun dah cuba dan menjadi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



