“Saya Takut Ambil Hak Orang…”, Ini Penjelasan Mengenai Isu Berbuka Di Masjid & Surau

Sekarang dah tahu kan?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang waktu berbuka puasa, masjid dan surau sering menjadi tumpuan umat Islam untuk menikmati juadah bersama dalam suasana penuh keberkatan

Namun, di sebalik kemeriahan itu, timbul persoalan dalam kalangan sesetengah individu yang berasa serba salah untuk berbuka di masjid kerana bimbang dianggap "mengambil hak orang lain".

Ungkapan seperti "Saya takut ambil hak orang…" mencerminkan kegusaran segelintir masyarakat yang kurang jelas tentang konsep agihan makanan, sumbangan dan niat penganjuran berbuka puasa di rumah ibadah.

Situasi ini membuka ruang perbincangan mengenai adab, hukum serta kefahaman sebenar berkaitan penyediaan juadah berbuka di masjid.

Justeru, penjelasan lanjut diperlukan agar masyarakat tidak terus berada dalam kekeliruan, sebaliknya dapat memahami tujuan sebenar penganjuran majlis berbuka puasa di masjid yang pada asasnya menggalakkan perkongsian rezeki dan mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP/ASWADI ALIAS

Boleh ke tak sebenarnya kita makan?

Menerusi satu perkongsian di akaun Threads @masjidabualdarda_nilaiimpian, isu ini dibangkitkan apabila ada yang meluahkan kebimbangan: "Aku ada duit, aku mampu beli makan. Kalau aku makan kat masjid, aku ambil hak orang susah ke?"

Persoalan ini sebenarnya timbul daripada rasa tanggungjawab dan empati. Namun, penting untuk difahami bahawa kebanyakan penyumbang yang berinfak makanan ke masjid tidak meletakkan syarat hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Niat mereka adalah untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa, tanpa mengira latar belakang atau status kewangan.

Hal ini selari dengan sabda Rasulullah SAW:

"مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا"

"Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikit pun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Riwayat al-Tirmidzi, no. 807; Ibnu Majah, no. 1746 – Hadis Sahih).

Daripada hadis ini jelas bahawa sesiapa sahaja yang berpuasa layak menerima juadah berbuka tersebut. Malah, kehadiran jemaah untuk berbuka di masjid membantu penyumbang merealisasikan hasrat mereka untuk memperoleh ganjaran pahala.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Masjid juga bukan sekadar tempat agihan makanan atau 'food bank'. Ia adalah pusat komuniti umat Islam.

Apabila masyarakat berkumpul untuk berbuka bersama, di situlah terjalin ukhuwah, bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim antara Maghrib dan Isyak. Jika semua yang mampu memilih untuk berbuka di rumah, suasana masjid boleh menjadi sepi dan hilang kemeriahan Ramadan.

Bagi mereka yang masih berasa bersalah kerana memikirkan ada yang lebih memerlukan, caranya mudah.

Datang dan raikan jemputan masjid, kemudian jika berkemampuan, infakkan semula sedikit sumbangan ke dalam tabung masjid atau bawa juadah tambahan untuk dikongsi bersama.

"Janganlah rasa rendah diri atau serba salah. Kehadiran anda memeriahkan rumah Allah. Makanan yang disediakan itu adalah Rezeki & Jemputan Allah buat anda. Jangan tolak rezeki, jangan putuskan rantaian pahala penyumbang," tulis hantaran itu.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik