Sahkah Solat Wanita Tanpa Telekung? Ikuti Penjelasan Daripada Mufti WP Sendiri
Harap penjelasan ini membantu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu solat wanita tanpa telekung sering menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat
Ada yang beranggapan solat tidak sah jika tidak memakai telekung, sedangkan hakikatnya perkara ini berkait rapat dengan syarat sah solat, bukan semata-mata pakaian tertentu. Jadi, apa sebenarnya hukum menurut pandangan ulama?
Menurut laporan Kosmo!, dalam kitab al-Majmu' karya Imam al-Nawawi Rahimahullah, ia menyebut bahawa menutup aurat adalah wajib dengan ijmak sebagai salah satu syarat sah solat, sama ada solat dilakukan bersendirian atau di hadapan orang lain.
Bagi wanita, ulama mazhab Syafi'e menjelaskan bahawa aurat ketika solat ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada bahagian zahir atau batin (dari hujung jari hingga pergelangan tangan).
Perkara itu bersandarkan firman Allah SWT:
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya."
(Surah An-Nur: 31).
Ibn Abbas RA dan Aisyah RA menafsirkan ayat ini sebagai muka dan tapak tangan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan TVWajib tutup kepala ketika solat
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sah solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan menutup kepalanya."
(Riwayat al-Tirmizi, hadis hasan).
Hadis tersebut jelas menunjukkan menutup kepala adalah kewajipan, dan secara logiknya, menutup seluruh aurat adalah lebih utama.
Aisyah R.Anha juga meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah SAW bersolat Subuh, dan para wanita yang berpakaian menutup seluruh tubuh turut solat bersama Baginda. Setelah selesai, mereka pulang ke rumah tanpa dikenali oleh sesiapa pun."
(Riwayat al-Bukhari).
Hadis tersebut menggambarkan betapa sempurnanya penutupan aurat wanita ketika solat pada zaman Rasulullah SAW.
Jadi, sah atau tidak solat tanpa telekung?
Jawapannya: SAH.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Image viaSolat wanita tetap sah tanpa telekung sekiranya pakaian yang dipakai sudah menutup aurat dengan sempurna.
Telekung bukan syarat sah solat, sebaliknya ia hanyalah salah satu cara untuk menutup aurat mengikut kaedah syarie.
Masalah timbul apabila ada yang menganggap telekung itu wajib secara mutlak, sedangkan yang diwajibkan sebenarnya ialah penutupan aurat, bukan jenis pakaian tertentu.
Apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat secara Syarie?
Penutupan aurat yang sempurna mestilah:
- Tudung labuh hingga menutup dada
- Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh
- Tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit
- Labuh hingga menutupi bahagian kaki
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 