Raya Soirée 2026: PETRA Angkat Keindahan Budaya Nusantara Dalam Koleksi Lebaran Terbaharu

Koleksi yang menarik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nany Rahman/ SEISMIK
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, SEISMIK sempat menghadiri pelancaran koleksi raya terbaharu PETRA Lebaran 2026 yang berlangsung dalam suasana petang penuh elegan, seiring tema soirée yang tenang dan eksklusif

Hampir sedekad membina identiti tersendiri setiap kali musim perayaan, PETRA kekal konsisten meraikan keyakinan wanita moden melalui rekaan yang matang, bersahaja dan penuh makna.

Untuk Lebaran 2026, jenama ini tampil dengan koleksi yang menghormati warisan Nusantara, ditafsir semula dalam gaya kontemporari yang berani namun tidak keterlaluan.

Apa yang menarik, pelancaran kali ini turut menyatukan dunia fesyen dan hospitaliti mewah menerusi kolaborasi eksklusif bersama Hilton Petaling Jaya.

Bertempat di Lobby Event Space (LES) yang baharu diperkenalkan, ruang ini menawarkan suasana sofistikated dan intim, sesuai dengan DNA eksklusif PETRA. Kami juga dihidangkan dengan bufet makanan menarik dari pihak Hilton.

Direka sebagai ruang hibrid yang versatil, LES bukan sekadar cantik dipandang, malah menggalakkan interaksi dan pengalaman acara yang lebih bermakna.

SAYS.com
Image via Nany Rahman/ SEISMIK
SAYS.com

Pengasas bersama, Ammar Hazwan.

Image via Nany Rahman/ SEISMIK

Koleksi ini diberi nafas segar melalui potongan moden

Di sinilah Koleksi PETRA Lebaran 2026 diraikan dengan fokus pada kehalusan seni jahitan, fabrik mewah dan rekaan yang timeless.

Berteras siluet klasik Baju Kurung, koleksi ini diberi nafas segar melalui potongan moden, permainan cetakan ikat serta motif flora yang lembut dan romantis.

Siluet kebaya turut menjadi elemen utama, mencerminkan kekayaan budaya serantau yang diterjemahkan secara halus dan relevan untuk gaya hidup masa kini.

Sementara itu, pengasas bersama, Ammar Hazwan, menjelaskan bahawa koleksi pada tahun ini lebih menonjolkan elemen Nusantara dan kebudayaan Melayu.

"Apa yang membezakan koleksi tahun ini dengan tahun sebelumnya adalah fokusnya yang lebih mendalam terhadap akar umbi Nusantara kita. Selain itu, kami turut memperbanyakkan pilihan busana kebaya untuk kali ini," katanya ketika ditemubual oleh SEISMIK.

SAYS.com
Image via Nany Rahman/ SEISMIK
SAYS.com
Image via Nany Rahman/ SEISMIK

Direka untuk pelbagai saiz dan personaliti wanita moden, PETRA Lebaran 2026 bukan sekadar pakaian raya, tetapi simbol keyakinan dan warisan yang dibawa dengan bangga.

Koleksi ini menampilkan 28 rekaan eksklusif merangkumi koleksi wanita, PETRA Petite untuk kanak-kanak serta Baju Melayu Teluk Belanga yang lengkap sesuai untuk seisi keluarga.

PETRA Lebaran 2026 ditawarkan pada harga antara RM299 hingga RM795 dan boleh didapati secara dalam talian di www.petrartw.com, di PETRA Store Seksyen 7 Shah Alam serta Isetan KLCC.

SAYS.com
Image via Nany Rahman/ SEISMIK

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: