“Raya Sedondon” – Bath Garden Lancar Set Hadiah Eksklusif Wangian Tubuh & Rambut
Sedondon Gift Set hadir dengan empat pilihan wangian utama yang mempunyai karakter tersendiri.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama penjagaan diri tempatan, Bath Garden, secara rasminya melancarkan kempen Aidilfitri terbaharu bertemakan "Raya Sedondon"
Berbeza dengan norma biasa yang mengaitkan sedondon dengan pakaian, Bath Garden tahun ini mengangkat konsep kebersamaan melalui bauan (scent), momen, dan hubungan akrab bersama orang tersayang.
Majlis pelancaran yang penuh gilang-gemilang itu diadakan di Pokok KL, Mahsa Avenue dengan kehadiran lebih 100 individu berpengaruh (KOL) serta rakan media. Suasana acara yang dirancang dalam tempoh singkat dua minggu itu berjaya memukau tetamu dengan dekorasi pentas dan hiasan yang menghidupkan "Raya Energy" yang sebenar.
Fokus utama kempen tahun ini ialah Sedondon Gift Set, yang menampilkan produk hero mereka, Body & Hair Mist. Produk ini direka khas untuk memudahkan rutin persiapan Raya, di mana satu semburan sahaja sudah memadai untuk mewangikan seluruh tubuh dan rambut.
Menurut pihak Bath Garden, produk ini adalah jawapan kepada keperluan tetamu yang mahu sentiasa tampil segar dan wangi sepanjang hari raya. Dengan saiz yang mudah dibawa, ia sangat sesuai untuk "top up wangi" pada bila-bila masa sehingga mampu membuatkan orang sekeliling bertanya, "Eh, you pakai wangian apa?".

Empat wangian ikonik dan visual estetik
Sedondon Gift Set ini hadir dengan empat pilihan wangian utama yang mempunyai karakter tersendiri:
- Vanilla Orchid: Kelembutan aroma yang manis dan menenangkan.
- Watermelon Splash: Kesegaran buah-buahan yang ceria.
- Passion Fizz: Bauan eksotik yang memberikan tenaga.
- Lychee Rose: Kombinasi romantik dan feminin yang memikat.

Dari segi visual, pembungkusan koleksi ini menggunakan palet warna pastel dengan sentuhan gaya floral yang diinspirasikan oleh elemen bunga raya (hibiscus) dan vanila, melambangkan identiti kempen yang harmoni dan bersatu.
Melalui tema Raya Sedondon, Bath Garden berhasrat untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan melalui deria bau yang mempesonakan. Wangian ini bukan sekadar pelengkap gaya, malah bertindak sebagai pencipta memori indah yang sukar dilupakan sepanjang sambutan Aidilfitri 2026.
Koleksi Sedondon Gift Set kini boleh didapati untuk mereka yang ingin mencari buah tangan eksklusif atau persediaan diri untuk tampil paling wangi di pagi Syawal nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



