“Rasa Premium, Harga Berbaloi” Dengan Hanya RM2.90, Dapatkan Promosi CAFé By 7-Eleven Ini Sekarang!

Jangan lepaskan peluang dan dapatkan kopi serendah RM2.90 secawan dari CAFé by 7-Eleven.

Enlarge text
Cover ImageCover image via 7-Eleven (Provided to SAYS) & Brenda Mak/SAYS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, 7-Eleven Malaysia dengan bangganya melancarkan kempennya, "Rasa Premium, Harga Berbaloi"

Tampil konsep CAFé yang dinaik taraf, CAFé by 7-Eleven, kempen ini mentakrifkan semula pengalaman kedai serbaneka dan menawarkan makanan selesa ala CAFé, kopi artisanal serta rasa premium pada harga yang benar-benar berbaloi untuk setiap rakyat Malaysia.

Selama berdekad-dekad, rakyat Malaysia bergantung kepada 7-Eleven sebagai kedai serbaneka pilihan untuk keperluan harian. Kini, jenama ini mentakrifkan semula pengalaman itu dengan CAFé by 7-Eleven, memperkenalkan konsep makanan dan minuman ala CAFé yang lebih baik di dalam kedainya.

SAYS.com
Image via 7-Eleven Malaysia

Dengan lebih 700 cawangan kini dibuka di seluruh Semenanjung Malaysia, CAFé by 7-Eleven terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kualiti premium yang mudah diakses dan mampu milik oleh semua.

Untuk meraikan kempen ini, 7-Eleven telah mempromosikan secara besar-besaran pada bulan Ogos ini mengiklankan kempen mereka dengan pengangkutan awam seperti LRT dan bas, promosi dalam kedai, pemberian sampel secara mengejut, malah turut mengedarkan kopi percuma di empat stesen LRT.

Lihatlah promosi CAFÉ by 7-Eleven yang membuktikan rasa premium tidak memerlukan harga premium:

  • 7Savers: Campur dan padan dua item daripada rangkaian terpilih pada harga RM5.90 atau RM6.90
  • Kopi percuma semasa Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 30 & 31 Ogos
  • Promosi "Beli Mana-mana Kopi, Percuma 1 Iced Latte" sehingga 30 September
  • 7Meals: Hidangan panas lengkap hanya pada harga RM9.90
SAYS.com
Image via 7-Eleven Malaysia

Direka untuk gaya hidup moden, 7CAFÉ menawarkan pilihan yang cepat, lazat, dan memuaskan bagi rakyat Malaysia yang sentiasa aktif.

Bayangkan sandwic segar, onigiri, hidangan panas, dan Burger Ayam Lada Hitam yang baru dilancarkan, dipadankan dengan kopi yang baru dibancuh dengan harga serendah RM2.90.

Pada acara pelancaran kempen, Juara Piala Pembuat Kopi Malaysia dua kali dan pengasas bersama ONO Specialty Coffee & Matcha, Shaun Liew, telah mengadakan blind taste test bersama pasukannya

Yang mengejutkan, cawan yang mereka sebulat suara pilih sebagai smooth dan well-balanced ternyata adalah kopi bancuhan 7-Eleven. Kini, beliau turut memasukkan kopi ini dalam rutin kopi hariannya.

Rahsianya? Gabungan unik 7CAFÉ yang mengandungi Brazil Cerrado untuk nota kekacang dan malt, serta Fairtrade Sumatra Mandheling untuk rasa coklat dan keasidan plum yang lembut.

Tonton video penuh pelancaran kempen 7-Eleven di bawah:

Bayangkan air kopi sejuk 7CAFé yang super chill, kaw, berkrim dan menghilangkan dahaga. Korang tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: