Rasa Malaysia Di Bumi India – Nasi Kandar Pelita Buka Cawangan Di Chennai

Ia turut memperkenalkan citarasa unik nasi kandar kepada komuniti di sana.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ngszehan (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut nasi kandar, mesti terbayang kari banjir, ayam goreng rangup, dan sambal yang padu

Setiap suapan menyatukan cita rasa Melayu, India dan mamak dalam satu pinggan dan menjadikannya kegemaran ramai dari dahulu hingga kini.

Kini, hidangan ikonik ini melangkaui sempadan negara, apabila rangkaian restoran popular Nasi Kandar Pelita membuka cawangan terbarunya di Chennai, India.

SAYS.com
Image via @ngszehan (TikTok)

Pelabagi hidangan masakan Malaysia boleh dirasai

Menerusi perkongsian di laman Instagram @ngszehan, EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Selangor dan Adun Kinrara itu berkongsi pengalaman beliau ketika berada di Chennai, India.

Apa yang menariknya, ketika beliau di sana, beliau telah menjumpai kedai nasi kandar popular yang berpangkal di Malaysia iaitu Nasi Kandar Pelita.

Langkah ini bukan sahaja meluaskan empayar jenama tempatan ke peringkat antarabangsa, malah turut memperkenalkan citarasa unik nasi kandar kepada komuniti di sana.

Mereka juga menyediakan pelbagai lauk-pauk dan juga pelbagai hidangan panas masakan Malaysia.

Pekerja juga pernah lama bekerja di Malaysia

Dalam pada itu, beliau juga sempat bertanyakan tentang pengalaman pekerja berkenaan.

Menurut pekerja itu, dia sebelum ini pekerja itu pernah bekerja di Pulau Pinang sudah lebih 25 tahun.

Lihat video itu di bawah:

@ngszehan

Surprised to find a Nasi Kandar Pelita branch in Chennai India, couldn't miss the chance to enjoy a familiar taste before heading into our meeting. #mamak #food #malaysia #india

♬ Terhangat Di Pasaran – Kru

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik