Ramai Ingat Gurauan, Tapi Universiti ‘Palabana’ Memang Wujud Di Dunia Sebenar

Netizen Malaysia memang laju je bab membahan ya!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda aktif di media sosial sejak semalam, pasti perasan frasa 'Palabana' tiba-tiba trending dalam kalangan netizen Malaysia

Walaupun ia popular sebagai gurauan tempatan, rupa-rupanya Palabana memang wujud di dunia sebenar! Malah, ia merupakan nama sebuah universiti awam di Zambia yang menawarkan kursus bidang pertanian dan perikanan.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook Palabana University baru-baru ini, ramai netizen Malaysia meninggalkan komen berbaur lucu mengenai nama universiti tersebut.

SAYS.com
Image via Palabana University (Facebook)

Walaupun ramai yang mempermainkan nama universiti itu, ini adalah sedikit sejarah Palabana University yang anda perlu tahu

  • Bermula sebagai Clifton Youth Training Centre pada tahun 1965, pusat ini memberi latihan dalam pertukangan dan pengeluaran sayur-sayuran.
  • Pada 1970-an, ia bertukar menjadi Palabana Dairy Training Institute (PDTI), dengan fokus kepada latihan penternakan tenusu.
  • Kini, sebagai sebuah universiti berorientasikan pertanian, ia menawarkan pelbagai program ijazah sarjana muda yang relevan dengan keperluan sektor pertanian di Zambia.
SAYS.com
Image via Palabana University (Facebook)

Sejak berita tentang kewujudan universiti itu tular, ruangan komen di media sosial dibanjiri jenaka dan permainan kata menggunakan frasa 'palabana'.

Ada yang berseloroh ingin mengambil sijil atau jadi 'profesor' di universiti tersebut. Namun, tidak kurang juga yang berpendapat trend tersebut kurang sesuai kerana ia boleh memberi imej negatif kepada negara apabila nama institusi pendidikan dijadikan bahan jenaka.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via Palabana University (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: