Rakyat Malaysia Suka Percutian ‘Cool Down’, Ini Destinasi Paling Popular Pilihan Agoda

Admin pun nak cari port sejuk juga, nak healing!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tripadvisor & SabahTravel.com
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda rasa cuaca sekarang semakin membahang, anda tak keseorangan!

Disebabkan itu, data terkini daripada platform pelancongan digital Agoda menunjukkan semakin ramai warga Malaysia mencari destinasi pantai untuk 'cool down'.

Menurut Agoda, carian destinasi pantai di laman web itu naik 35% pada Mei 2025, untuk percutian antara Jun hingga Ogos, berbanding tahun lepas.

Jadi tidak hairanlah, ramai yang sanggup meninggalkan hiruk-pikuk kota dan memilih untuk bercuti di tepi laut demi rasa nyaman dan segar ditiup bayu.

Nak tahu dekat mana yang paling ramai orang cari? Ini 3 destinasi yang cool down musim panas ini:

1. Semporna – carian sebanyak 38%

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via @malaysiatravelcom (Instagram)

Tidak lengkap rasanya kalau cakap tentang escape ke laut tanpa sebut Semporna. Bayangkan bangun pagi dengan pemandangan laut biru, menginap di rumah atas air, dan lepak atas kapal layar. Tetapi tahukah anda, 'cool down' sebenar dekat Semporna adalah bawah laut dia!

"Anda boleh memilih pelbagai aktiviti termasuk snorkel di Mabul atau Kapalai, atau menyelam skuba di kawasan terumbu karang Sipadan yang menakjubkan, jauh dari bahang konkrit di kota," katanya.

2. Kuala Terengganu – carian sebanyak 37%

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Agoda

Kalau nak bercuti di pantai tetapi dalam masa sama nak rasa budaya, Kuala Terengganu lah jawapannya. Carian ke sana naik sehingga 37% berbanding tahun lalu kerana orang ramai semakin tertarik untuk bercuti di 'permata' Pantai Timur ini.

"Nikmati pemandangan pantai yang memukau, saksikan persembahan seni yang mempesona di Pantai Batu Buruk, atau luangkan masa untuk bersantai di pasar tepi laut yang meriah. Pengunjung boleh menikmati air kelapa yang menyegarkan, meneroka perkampungan membuat bot tradisional, atau berteduh sambil berehat di kafe di tepi Laut China Selatan. Inilah destinasi idaman anda, dengan percikan ombak dan bayu lembut yang menyejukkan jiwa dari bahang cuaca," katanya.

3. Pulau Tioman – carian sebanyak 27%

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Summer Bay Lang Tengah Island Resort

Pulau Tioman pun tidak kurang hebatnya. Cariannya naik sebanyak 27% kerana ramai yang ingin lari dari panas dengan duduk di resort dalam hutan yang redup.

"Para pelancong boleh melakukan aktiviti merentas hutan hujan dan menyejukkan diri di dalam kolam air semula jadi seperti yang terdapat di Air Terjun Asah. Jauh dari hiruk-pikuk kota, Pulau Tioman menanti dengan percutian yang santai dan nyaman, menjadikannya pilihan tepat bagi pelancong yang mencari ketenangan dan kelegaan dari bahang tropika," katanya.

Pengarah Negara Malaysia di Agoda, Fabian Teja berkata, Agoda menyediakan pelbagai penginapan untuk keselesaan pelancong dengan lebih 6 juta pilihan

"Peningkatan minat terhadap destinasi pantai menunjukkan semakin ramai pelancong mencari tempat yang selesa untuk memberikan perlindungan daripada cuaca panas.

Lebih daripada sekadar destinasi percutian, kawasan pantai menawarkan udara nyaman, kedamaian, dan peluang sempurna untuk menyegarkan semula fizikal dan mental. Agoda komited untuk memastikan pelancong menemui destinasi idaman mereka, menawarkan diskaun hebat untuk penginapan dan aktiviti agar setiap percutian menjadi pengalaman yang menyeronokkan,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: