Qhiam Perkenal Nohstalgia Galur 2026, Samping Eksklusif & 13 Rekaan Baharu Sendja Sempena Raya

Inovasi fabrik ringan dan potongan artisan teras jadi taruhan utama Qhiam 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akmal Redzwan/SEISMIK
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama fesyen tempatan yang semakin meningkat naik, Qhiam, secara rasminya melancarkan koleksi Raya 2026 yang membawa evolusi rekaan lebih segar, moden, namun tetap mengekalkan nilai estetika tradisi Melayu yang abadi

Tahun ini merupakan tahun transformatif buat Qhiam apabila jenama ini memperluaskan empayarnya dengan pembukaan showroom pertama di Shah Alam, cawangan di Bangi, serta lokasi akan datang di IOI City Mall, Putrajaya.

SAYS.com
Image via Qhiam
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Buat tahun kedua berturut-turut, ikon muzik Noh Salleh kembali sebagai wajah utama Qhiam. Beliau mewakili koleksi Nohstalgia Galur 2026, sebuah siri pakaian sedondon buat seisi keluarga yang merangkumi rekaan untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak.

Antara pembaharuan utama dalam koleksi ini termasuklah:

  • Inovasi Fabrik: Penggunaan fabrik yang lebih ringan namun kekal premium bagi menjamin keselesaan maksimum di hari raya.
  • Kurta Teman: Memperkenalkan enam rekaan dan fabrik baharu yang menggabungkan elemen kontemporari dengan potongan tradisional.

Qhiam turut perkenalkan koleksi Artisan Teras dan 13 rekaan baharu Sendja

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan

Qhiam turut memperkenalkan Artisan Teras Collection, sebuah koleksi yang memberi penghormatan kepada seni jahitan klasik seperti potongan pesak, kolar teluk belanga, dan lengan tiga suku.

Dipersembahkan oleh legenda rock negara, Amy Search, koleksi ini menggunakan fabrik campuran kapas-linen mewah yang menonjolkan ketelitian kraf tangan tradisional. Bagi melengkapkan gaya, Qhiam turut melancarkan sembilan rekaan samping eksklusif yang direka khas untuk tahun 2026.

Jenama adik di bawah Qhiam, Sendja, turut tampil dengan 13 rekaan baharu khusus buat gadis muda. Koleksi ini menekankan:

  • Fleksibiliti Gaya: Rekaan yang sesuai untuk acara formal mahupun kasual.
  • Keselesaan & Kualiti: Fokus kepada fabrik yang membolehkan gadis muda mengekspresikan gaya peribadi tanpa mengetepikan sentuhan budaya.
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIKImage via

Melalui pelancaran ini juga, Qhiam komited untuk membawa gaya ikonik mereka lebih dekat kepada pelanggan melalui rangkaian fizikal yang lebih luas.

"Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi, dan gaya moden. Kehadiran kami di Shah Alam, Bangi, dan Putrajaya adalah langkah untuk memastikan setiap ahli keluarga dapat menikmati pengalaman Raya yang bermakna," ulas wakil jenama Qhiam.

Koleksi penuh kini boleh didapati di cawangan Shah Alam dan Bangi, manakala pembukaan di IOI City Mall, Putrajaya dijangka akan menyusul dalam masa terdekat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: