PUMA Malaysia Lancar Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025, Tampil Dengan Rekaan Baharu

Tema bagi jersi ketiga Harimau Malaya 2025 kali ini ialah 'Bangkit Bersama'.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

PUMA Malaysia, melalui kerjasama berterusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini melancarkan jersi ketiga Harimau Malaya 2025 yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar

SAYS.com
Image via PUMA Malaysia

Pelancaran ini melengkapkan rangkaian jersi musim 2025, susulan pengenalan jersi 'home' dan 'away' pada awal tahun ini.

"Tema bagi jersi ketiga Harimau Malaya 2025 ialah 'Bangkit Bersama' yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

"Edisi ini turut mengetengahkan padanan warna yang baru bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia iaitu keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,"
kata Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan.

SAYS.com
Image via PUMA Malaysia

Tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang cukup menonjol

Direka dengan potongan regular fit, lengan pendek serta kolar bulat. Dihiasi logo PUMA Cat pada bahagian dada kanan dan Jalur Gemilang pada bahagian kiri.

Jersi ketiga ini turut menampilkan teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA, memastikan pemain dapat beraksi pada tahap optimum dengan keselesaan maksimum sejajar dengan komitmen jenama tersebut terhadap penghasilan produk sukan yang lestari.

SAYS.com
Image via PUMA MalaysiaImage via PUMA Malaysia

Ciri-ciri utama jersi ini termasuk:

  • Reka bentuk baharu yang simbolik: Reka bentuk jersi ini diinspirasikan oleh elemen Harimau Malaya, menonjolkan identiti dan sejarah bola sepak negara, serta menjadi lambang perpaduan bagi semua peminat Harimau Malaya.
  • Teknologi prestasi: Dilengkapi teknologi penyerapan peluh DRYCELL daripada PUMA bagi memastikan pemain dan peminat kekal kering serta selesa, sama ada di atas padang atau di ruang penonton.
  • Bahan lestari: Sebagai sebahagian daripada inisiatif RE:FIBRE PUMA, Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ini diperbuat daripada sekurang-kurangnya 95% bahan kitar semula, tanpa menjejaskan kualiti.

Jersi ketiga PUMA x FAM Harimau Malaya kini boleh didapati pada harga RM319 di PUMA.com, Kedai PUMA, serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic. Ikuti @PUMA.Malaysia di Instagram perkembangan dan maklumat lebih lanjut.

SAYS.com
Image via PUMA Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via PUMA Malaysia
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: