PUMA Malaysia Lancar #GOWILD Running Experience Di Pavilion KL Sehingga 28 September Ini
Alami sendiri seni dalam setiap langkah larian anda di PUMA #GOWILD running experience.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
PUMA Malaysia telah melancarkan sebuah acara larian yang unik dan pertama seumpamanya melalui #GOWILD Running Experience yang berlangsung di Pavilion KL dari 23 September hingga 28 September ini
Acara ini bukan sekadar aktiviti fizikal biasa, ia merupakan gabungan inovatif antara prestasi larian, kreativiti, dan semangat komuniti, sambil menonjolkan rangkaian kasut larian terbaharu PUMA, NITROFOAM™, termasuk model baharu, Velocity Nitro 4.

Apa yang menjadikan #GOWILD istimewa adalah integrasi teknologi canggih dengan seni. PUMA berkolaborasi dengan kolektif seni generatif tempatan, Vasflow.
Menerusi teknologi Electroencephalography (EEG), aktiviti otak setiap pelari akan diterjemahkan secara langsung menjadi karya seni digital yang sangat peribadi. Ini bermakna, setiap larian di atas treadmill akan menghasilkan corak visual yang unik, mencerminkan tenaga dan gelombang otak pelari.
Hasil seni digital peribadi ini boleh dimuat turun dan dikongsi. Lebih menarik lagi, pembeli kasut dari rangkaian PUMA NITROFOAM™ akan menerima versi boleh pakai dalam bentuk t-shirt eksklusif.
Baju ini menampilkan nama dan corak gelombang otak mereka, menjadikannya bukan sekadar kenangan, tetapi cenderahati yang unik dan peribadi.

Atlet PUMA turut hadir memeriahkan lagi acara #GOWILD Running Experience
Menurut Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan tujuan #GOWILD adalah untuk mengubah persepsi larian. "Larian adalah tentang kebebasan, tenaga, dan ekspresi. Itulah nilai yang kami pegang di PUMA. Melalui #GOWILD, kami ingin tunjukkan larian bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi sebuah pengalaman, budaya, dan komuniti. Kami percaya setiap perjalanan pelari wajar diraikan. Aktiviti ini membolehkan rakyat Malaysia melihat, merasai, dan berkongsi keindahan cerita larian mereka sendiri."
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa atlet terkemuka PUMA seperti Muhaizar Mohamad (pemenang pingat maraton Sukan SEA 2017), Ketua Jurulatih PUMA Nitro Run Club Cici, serta Olivia Yu, Naqib Haikal, Ahmad Sayuti, dan Yeow Ni Jia. Mereka semua berkongsi pengalaman peribadi yang menginspirasi dalam siri #GOWILD ini.

Untuk menyertai pengalaman unik ini, caranya sangat mudah. Orang ramai hanya perlu mencuba Velocity Nitro 4 atau mana-mana model dari rangkaian PUMA NITROFOAM™ dan berlari di atas treadmill yang dilengkapi teknologi EEG di lokasi acara.
Velocity Nitro 4 dan seluruh rangkaian PUMA NITROFOAM™ kini boleh didapati di laman web rasmi PUMA, semua kedai PUMA dan peruncit terpilih di seluruh negara.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan larian anda bertukar menjadi sebuah karya seni peribadi! PUMA Malaysia menjemput seluruh rakyat Malaysia, dari pelari amatur hingga elit, untuk hadir ke acara #GOWILD Running Experience di Pavilion KL sehingga 28 September ini.
Datanglah dan rasai sendiri kebebasan dan kehebatan larian yang belum pernah anda alami sebelum ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



