11 Promosi Makanan & Minuman Sempena Hari Kebangsaan, Rugi Kalau Terlepas!

Jangan lepaskan peluang ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, pelbagai jenama makanan dan minuman di Malaysia tampil dengan promosi menarik yang pastinya membuatkan rakyat teruja untuk turut serta meraikan bulan penuh makna ini

Dari kafe hingga ke rangkaian restoran popular, masing-masing berlumba-lumba menawarkan diskaun istimewa, menu edisi terhad dan minuman yang bukan saja menyelerakan, malah membangkitkan semangat patriotik.

Lebih menarik, tawaran ini bukan sekadar untuk meraikan pelanggan setia, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati tanpa mengira latar belakang.

Sama ada anda seorang penggemar kopi, pencinta manisan, atau suka mencuba hidangan baharu, bulan Ogos ini memberi alasan terbaik untuk keluar menikmati juadah dengan keluarga dan rakan-rakan sambil sama-sama menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air.

Jom kita lihat antara promosi di bawah:


1. Secret Recipe

Pencinta kek pasti teruja! Anda boleh nikmati empat potongan kek pada harga hanya RM36 di Secret Recipe apabila membuat pesanan melalui sistem pesanan ambil sendiri SR GO!

Tawaran ini sah di semua cawangan Secret Recipe kecuali di Aeon Mall Taiping bermula 1 hingga 31 Ogos.

SAYS.com
Image via @secretrecipemy (Instagram)

2. J.CO Donuts & Coffee

Hanya untuk tiga hari menjelang sambutan Hari Kebangsaan, anda boleh nikmati dua dozen donut pada harga RM39 dan mana-mana minuman pada harga RM11 di J.CO. 🍩☕

Promosi ini sah untuk walk-in dan takeaway sahaja dari 27 hingga 29 Ogos.

SAYS.com
Image via J.CO Donuts & Coffee, Malaysia (Facebook)

3. Empire Sushi

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Empire Sushi menawarkan Merdeka Deal yang memang berbaloi!

Jika anda berbelanja RM21 dalam satu resit, anda layak untuk dapatkan kotak sushi 5 ketul hanya RM6.80.

Kotak ini merangkumi pilihan menarik seperti Inari, Tamago, Kanikama, Aburi Kanifumi, dan Tempura Ebi. Promosi ini sah sehingga 16 September.

SAYS.com
Image via Empire Sushi (Facebook)

4. Seoul Garden

Sepanjang bulan Ogos ini, Seoul Garden meraikan semangat kebangsaan dengan tawaran istimewa Makan-Makan Merdeka Deal.

Setiap pelanggan dewasa yang membuat bayaran akan menerima diskaun RM6.80 seorang, khas untuk anda menikmati hidangan BBQ dan steamboat kegemaran bersama keluarga atau rakan-rakan.

Promosi ini hanya sah dari Isnin hingga Khamis, jadi jangan lepaskan peluang untuk jimat sambil kenyang di bulan Merdeka ini.

SAYS.com
Image via Seoul Garden Malaysia (Facebook)

5. Pizza Hut

Pizza Hut turut sama memeriahkan sambutan Merdeka dengan tawaran diskaun sehingga 68% di seluruh rangkaian restoran mereka.

Daripada pizza, pasta, melts, sliders, pencuci mulut hinggalah ke pelbagai hidangan sampingan, semuanya ditawarkan dengan harga yang jauh lebih berbaloi.

Promosi hebat ini boleh dinikmati untuk dine-in, penghantaran, atau takeaway di semua cawangan sehingga 18 September 2025. Jadi, inilah masa terbaik untuk makan besar dengan keluarga dan kawan-kawan.

SAYS.com
Image via Pizza Hut (Facebook)

6. DÔME Café

Sempena Hari Kebangsaan kali ini, DÔME Café tampil dengan dua menu istimewa berinspirasikan citarasa tempatan.

Kedua-dua hidangan edisi terhad ini boleh didapati di semua cawangan DÔME Café seluruh negara bermula 1 Ogos hingga 21 September 2025 sahaja.

Memang sesuai untuk korang yang nak meraikan bulan kemerdekaan sambil menikmati rasa autentik Malaysia dalam gaya moden.

SAYS.com
Image via @domecafe.malaysia (Instagram)

7. K Fry Urban Korean

Macam biasa, orang Malaysia memang suka cari cara nak hilangkan panas. Sempena Hari Kebangsaan ini, K Fry memperkenalkan menu sejuk istimewa yang pasti buat tekak rasa lega dengan Icy Sweet & Sour Chicken, Colours of Gemilang Hwachae, dan Mango Swirl Shake.

Menu edisi terhad ini hanya boleh didapati untuk tempoh tertentu sahaja, jadi memang rugi kalau terlepas.

SAYS.com
Image via @kfrymy (Instagram)

8. The Manhattan FISH MARKET

Sempena Hari Kebangsaan, The Manhattan FISH MARKET turut meraikan dengan menu edisi terhad yang mengetengahkan rasa berani ala Malaysia! 🇲🇾✨

Antara pilihan istimewa yang boleh anda cuba termasuk:

  • Nasi Lemak Fish 'N Chips Dory – RM26.90
  • Curry Fish 'N Chips Dory – RM26.90
  • Laksa Gemilang – RM19.90
  • Mala-Mala Seafood – RM29.90
  • Baked Seafood Curry – RM29.90
  • Jagung Cendol – RM11.90

Menu ini hanya tersedia untuk tempoh terhad di semua cawangan seluruh negara, jadi jangan lepaskan peluang untuk nikmati gabungan citarasa unik Malaysia x Barat ini.

SAYS.com
Image via @mfmmy (Instagram)

9. Boost

Meneruskan kemeriahan perisa lychee sempena Merdeka tahun lepas, Boost Juice kembali lagi dengan tiga pilihan baharu yang lebih menyegarkan.

Anda boleh cuba tiga kombinasi istimewa ini:
– Blueberry Lychee
– Passion Mango Lychee
– Strawberry Lychee

Sesuai untuk cuaca panas Malaysia, siri minuman edisi terhad ini pasti buat anda rasa lebih segar menyambut Hari Kebangsaan.

SAYS.com
Image via @myboostjuice (Instagram)

10. Pops Eatery

Tanggal 31 Ogos ini genap 68 tahun Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dan sudah tentu cara paling best untuk meraikannya adalah dengan makanan sedap sambil diluangkan bersama orang tersayang.

Sempena semangat Merdeka tahun ini, restoran ini melancarkan promosi terhad yang penuh dengan rasa & kebebasan:

MERDEKA PROMO: 18 Ogos hingga 1 September 2025. Beli mana-mana hidangan utama & nikmati 31% diskaun untuk sebarang pembuka selera

Sama ada nak lepak santai dengan kawan, makan bersama keluarga, atau adakan sesi makan-makan penuh semangat patriotik inilah peluang untuk makan puas dengan harga lebih jimat.

Promosi ini hanya sah untuk dine-in di cawangan:

  • Wangsa Maju
  • TTDI
  • Bangsar
SAYS.com
Image via @popseatery (Instagram)

11. KFC

Jika anda tengah craving makanan ringan yang puas hati, ada promo best sempena Merdeka nii. Hanya dengan RM6.80, anda boleh layan 2 hidangan sampingan kegemaran rakyat Malaysia.

Ada tiga set untuk dipilih ikut selera anda, sama ada nak Cheezy Wedges, Loaded Cheezy Fries, atau Garlic Aioli Fries, semuanya confirm buat anda senyum lepas suapan pertama.

SAYS.com
Image via @kfcmalaysia (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: