Wanita Mengaku Bubuh Ubat Batuk Dalam Susu Anak Kerana Terlalu Letih

Jadi suri rumah ini memang penat berbanding yang bekerja.

Cover ImageCover image via Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai suri rumah bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia boleh jadi lebih mencabar daripada kerja pejabat

Bayangkan perlu mengurus rumah tangga dari pagi sampai malam. Selepas itu pula memasak, mengemas, membasuh, mengurus belanja harian, semuanya tanpa henti.

Lebih-lebih lagi kalau anak-anak ramai, setiap seorang ada perangai dan kerenah berbeza yang perlu dilayan dengan sabar dan kasih sayang.

Dari yang menangis nak perhatian, sampai yang lasak dan aktif tak duduk diam. Dalam masa yang sama, emosi dan fizikal si ibu sering teruji letih, penat, tapi tetap teruskan juga.

Namun, baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman terpaksa melakukan perkara yang tidak disangka pada anaknya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via eCentral

Anak terlalu aktif sehingga memaksa diri berbuat demikian

Menerusi perkongsian di laman X, seorang wanita berkongsi detik hitam dalam hidupnya apabila terpaksa mengambil langkah drastik kerana terlalu tertekan dan penat mengurus anak-anak sendirian sewaktu suaminya bekerja jauh dari rumah.

Difahamkan, anak kecilnya yang baru berusia setahun enam bulan sering sukar tidur lena pada waktu malam. Bila tidur pun, tak lama dan mudah terjaga. Anaknya itu juga kerap menangis tanpa sebab yang jelas.

Keadaan itu secara tak langsung menjejaskan waktu rehat si ibu, yang terpaksa berjaga hampir setiap malam tanpa cukup tidur.

"Aku campur susu anak aku dengan ubat batuk. Anak aku setahun enam bulan. Aku penat sangat hari ini. Anak aku jenis mengempeng je. Tidur sekali je tu pun sejam. Mata aku sampai dark circle melengkung ke dalam tanda aku penat sangat," luahnya.

Dia juga mendakwa menangis ketika melakukan perbuatan tersebut kerana rasa bersalah yang dihadapi.

Penat seorang ibu tak boleh dipandang ringan. Ada masa, dia juga perlukan ruang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Meminta pertolongan bukan tanda kelemahan.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenali berasa sunyi, tertekan, atau mempunyai fikiran negatif, sila hubungi talian bantuan di Malaysia berikut:

1. BEFRIENDERS KL
24-hour
Contact: +603-76272929
Email: sam@befrienders.org.my
Website | Facebook | Twitter

2. TALIAN KASIH
24-hour
Contact: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Email: taliannur@kpwkm.gov.my

Website | Facebook 

3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap hari (12pm – 12am)
Contact: 1800-18-2327
Email: buddybear@humankind.m
Facebook | Instagram

Untuk direktori sumber yang lebih teliti, anda boleh pergi ke laman web Malaysian Mental Health Association atau MINDAKAMI.

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: