Tak Cukup Jual Handbag & Jeruk, Aliff Syukri Kini Kejutkan Peminat Dengan Bisnes Pokok Pula
Dia hadir dengan jualan pokok pula.
Cover image via @shahidadherbs2 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, seorang usahawan terkemuka yang sering menjadi perhatian umum, terus mengembangkan empayar perniagaannya ke sektor yang baharu
Setelah meraih kejayaan besar dalam pelbagai bidang termasuk produk kosmetik, set mandian, dan penjagaan kulit serta perniagaan sampingan yang popular seperti penjualan beg dan jeruk mangga Aliff Syukri kini mengambil langkah berani dengan menceburi perniagaan penjualan pokok.
Langkah ini menandakan evolusi berterusan jenamanya dalam memanfaatkan peluang pasaran yang pelbagai.
Maklumat dan perkembangan terkini mengenai perkara itu telah dikongsikan oleh isteri beliau, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Sold out dalam masa tiga saat
Dalam hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid merakam momen lucu apabila salah seorang pekerja mereka sedang memotong keratan pokok-pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian pengguna media sosial ialah reaksi Shahida apabila beliau mengetahui bahawa keratan pokok-pokok tersebut sebenarnya akan dijual oleh Datuk Seri Aliff Syukri di platform media sosial.
"Aku ni sebenarnya geram tau, pagi tadi habis pokok-pokok aku dijual Aliff Syukri. Pokok depan rumah aku yang patut dibuang pun dia jual.
"Aku tak tahu lah, kalau dah Aliff Syukri tu. Yang korang beli pokok ni kenapa? Aku tak nak buka nursery pulak eh. Habis semua dia jual. Jual pokok pula. Kau tengok dia punya kedekut meniaga tak ada modal, pokok aku dia jual," katanya.
Selain itu, ramai yang turut menyifatkan Aliff Syukri sebagai usahawan yang sangat kreatif dan bijak dalam mengambil peluang, kerana beliau menjual apa sahaja barangan selagi ia mampu menjana keuntungan.
Kehebatan strategi perniagaan tanpa modal ini terbukti apabila difahamkan sebanyak 50 keratan pokok tersebut habis dijual dalam masa hanya tiga saat di platform TikTok pada hari pertama jualan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



