Squid Game Musim 3 Bakal Tiba, Penuh Debaran & Plot Twist Yang Tak Dijangka
Satu lagi momen 'roller-coaster' yang bikin berpeluh!
Cover image via NetflixFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat peminat Squid Game, siap sedia kerana musim ketiga bakal tiba menemui korang 27 Jun ini!
Selepas dua musim mencetus fenomena global, 'Squid Game' kembali lagi dengan musim ketiga yang penuh dengan debaran sekaligus menjadi penutup rasmi yang menjanjikan satu penamat yang memang epik.
Teaser musim ketiga yang baru dikeluarkan Netflix ini nampaknya menunjukkan permainan kali ni jadi lagi gila dengan kehadiran Gi-hun ke dalam permainan bukanlah untuk bermain, tetapi untuk memusnahkan semuanya.
Masih pegang takhta sebagai siri Netflix paling popular!

Untuk pengetahuan korang, 'Squid Game' kekal sebagai siri nombor satu di Netflix dari segi tontonan yang mana rekod ini berjaya dipecahkan melalui musim kedua.
Pada Disember 2024, 'Squid Game' Musim 2 kembali dengan sambutan luar biasa, mencatat 192.6 juta tontonan hanya dalam minggu tayangan pertamanya saja. Ia kemudiannya terus melonjak ke tangga kedua dalam senarai 'Siri TV Bukan Bahasa Inggeris Paling Popular', yang mana hanya di belakang musim pertamanya sendiri yang meraih 265.2 juta tontonan.


Bukan tu je, musim 2 juga merupakan rancangan (musim) ketiga paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix, membuktikan pengaruh siri ini masih kekal kuat di seluruh dunia.
SEISMIK berpeluang untuk menemu ramah bintang Squid Game Musim 3
Dan yang paling excited untuk kitorang adalah kitorang berpeluang untuk mememubual dua orang bintang siri ini iaitu Wi Ha-jun dan Yim Si-wan. Ok jom tengok video interview kat bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


