Nama 'Kampung Tengah' Paling Popular & Banyak Digunakan Dengan 95 Buah Kampung Di Malaysia

Nama 'Kampung Tengah' digunakan hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, nama kampung menjadi antara salah satu tarikan ketika kita mengunjunginya

Hal ini mungkin kerana kampung itu mempunyai sejarah atau cerita di sebalik nama yang diberikan.

Menerusi laporan Harian Metro, daripada 19,511 kampung yang direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia Kampung Tengah mendahului senarai yang paling banyak dengan 95 buah.

Ia diikuti Kampung Baru, 63 buah dan Kampung Masjid sebanyak 42 buah.

Kampung Tengah di Perlis.

Image via Harian Metro

Nama 'Kampung Tengah' digunakan hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia

Ketua Pengarah Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin memberitahu di tempat keempat adalah Kampung Padang sebanyak 38 buah, manakala Kampung Belukar, Kampung Bukit dan Kampung Raja berkongsi di tempat kelima dengan 31 buah.

"Di dalam rekod, Kampung Jawa dan Kampung Paya dikongsi oleh 29 kampung manakala di tempat ke sepuluh adalah Kampung Kolam," katanya.

Dalam pada itu, hasil carian mendapati nama Kampung Tengah ditemui di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Difahamkan, enam daripadanya berada di Terengganu, Kedah 5 buah dan Perak sebanyak 3 buah.

Selain itu, Kampung Masjid banyak didapati di Kedah dengan lebih daripada lima buah sementara pelbagai kampung di seluruh negara turut menggunakan nama pangkal Padang.

Kampung Tengah di Kuala Krai, Kelantan.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: