Maher Zain Kembali Dengan Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 – "The Live Experience"

Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 Maher Zain akan diadakan selama dua hari di Malaysia iaitu pada 16 Ogos (Kuala Lumpur) dan 23 Ogos (Kota Kinabalu).

Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi antarabangsa kelahiran Sweden-Lubnan, Maher Zain bakal kembali ke Asia Tenggara dengan siri konsert yang dinanti-nantikan

Maher Zain bakal menggegarkan Stadium Nasional Hoki, Kuala Lumpur pada 16 Ogos ini dengan alunan muzik yang menyentuh hati serta penuh dengan mesej.

Enam tahun selepas konsert jelajahnya berakhir, ini merupakan persembahan pertama Maher Zain di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Jelajah terakhir pelantun lagu 'Qalbi Fil Madinah' ini adalah pada 2019 yang habis dijual di empat bandar dalam masa beberapa hari sahaja.

Menurut Maher Zain, Malaysia merupakan satu negara yang istimewa kerana membentuk permulaan kerjayanya dalam dunia nyanyian.

"Malaysia merupakan bab yang sangat penting dalam kerjaya saya. Mungkin lebih signifikan berbanding mana-mana negara lain di dunia.

"Hanya segelintir artis yang boleh menyatakan bahawa sesebuah negara telah memainkan peranan sebesar ini dalam membentuk permulaan kerjaya nyanyian mereka," katanya.

Meraikan perpaduan, inspirasi dan kekuatan muzik

Berkongsi lebih lanjut, wakil Barisan Pengurusan Kanan Yayasan Tengku Abdullah iaitu Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif menyatakan bahawa Konsert Asia Tenggara 2025 ini bukan sahaja sekadar hiburan namun platform yang mampu menyebarkan mesej positif.

"Di YTA, kami percaya kepada kepentingan memupuk masyarakat yang menghargai seni, ekspresi positif dan nilai-nilai murni.

"Konsert ini bukan sahaja tentang hiburan, tetapi juga untuk menyebarkan mesej kasih sayang, kecekalan dan harapan yang melangkaui pentas.

"Kami percaya bahawa acara ini mampu memberi impak yang mendalam kepada kita semua, serta mengingatkan tentang kuasa muzik yang mampu menyembuhkan dan menyatukan," ujarnya.

Harga tiket konsert Maher Zain Jelajah Asia Tenggara 2025

Bagi peminat yang menantikan kehadiran Maher Zain pada 16 Ogos ini di Stadium Nasional Hoki, Kuala Lumpur, tiket bermula serendah RM158 yang bakal dijual pada 12 Jun, jam 12 tengahari bagi pra-daftar. Manakala, jualan tiket awam bakal dibuka pada keesokannya iaitu 13 Jun, jam 12 tengahari.

Konsert Jelajah Asia Tenggara ini juga bakal menggegarkan stadium di Kota Kinabalu pada 21 Ogos dan Singapura pada 23 Ogos.

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut tentang konsert ini, anda boleh sahaja layari https://www.maherzainseatour.com/!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: