Pop-Up Store BLACKPINK ‘Deadline’ Kini Di Buka Di 1 Utama Bermula 6 Mac

Para peminat BLACKPINK siap sedia!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perhatian buat semua BLINKs! Kedai pop-up BLACKPINK 'DEADLINE' bakal dibuka secara rasmi di pusat beli-belah 1 Utama bermula hari ini, 6 Mac

Terletak di Aras Bawah (Luxe 1), kedai ini akan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga 29 Mac depan.

Para peminat berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan eksklusif, bergambar di sudut-sudut menarik yang 'Instagrammable', serta menyelami dunia BLACKPINK dalam satu lokasi yang sama.

Pengumuman yang dibuat oleh pihak 1 Utama awal hari ini turut mengesahkan bahawa Malaysia terpilih sebagai antara destinasi siri jelajah pop-up tahun ini, menyertai bandar-bandar besar lain seperti Shanghai, Hong Kong, Macau, Jakarta, Bangkok, Paris, Manila, Taipei, dan Kaohsiung.

Berdasarkan penganjuran sebelum ini, peminat boleh menjangkakan pelbagai barangan menarik seperti baju-T bertema, baju sejuk berhud, topi, kad koleksi, serta pelbagai aktiviti interaktif khas buat para peminat

Siri jelajah pop-up 'Deadline' ini mula diperkenalkan oleh BLACKPINK di bandar-bandar persinggahan konsert mereka seperti Singapura, Kaohsiung, dan Bangkok.

Baru-baru ini, YG Select yang merupakan cabang barangan rasmi YG Entertainment telah berkongsi tarikh serta lokasi tambahan melalui Instagram, termasuklah persinggahan di Petaling Jaya.

Berikut merupakan gambaran mengenai penganjuran pop-up BLACKPINK yang pernah diadakan di negara lain sebelum ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mak Jia Kee/CNA
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via @merchtraffic / @ygselect (Instagram)
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via @merchtraffic / @ygselect (Instagram)

Walaupun kemasukan adalah percuma, akses akan diberikan secara berperingkat mengikut giliran dan orang ramai dilarang sama sekali untuk menunggu atau berkhemah semalaman di kawasan tersebut.

Berikut adalah segala butiran penting yang perlu anda ketahui untuk merancang kunjungan anda ke sana:

SAYS.com
Image via 1 Utama Shopping Centre (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: