Pilihan Lagu Malaysia Kegemaran Mat Salleh Ini Cuit Hati Ramai – “Kelantan Mendonia”

Lebih mencuit hati apabila dia secara spontan menari dan menyanyikan lagu itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mikkelgermer (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok bukan sekadar platform media sosial, ia adalah 'kilang' hit global yang mengubah cara kita menemui dan menikmati muzik

Dengan kuasa algoritmanya yang luar biasa, sebuah lagu, tidak kira lama atau baru, boleh meledak dan menjadi fenomena dalam sekelip mata hanya dengan mengiringi satu tarian, cabaran (challenge), atau sketsa ringkas.

Namun, satu klip temu bual ringkas yang tular di media sosial baru-baru ini telah memecahkan tanggapan umum tersebut apabila seorang 'Mat Saleh' memberikan jawapan yang benar-benar mengejutkan.

Ketika ditanya tentang genre atau lagu kegemarannya, jawapan yang keluar dari mulutnya sama sekali di luar jangkaan ramai.

SAYS.com
Image via @mikkelgermer (TikTok)

Minat lagu Kelantan dari Malaysia

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mikkelgerme di TikTok, satu temu bual bersama seorang individu di kawasan pejalan kaki telah menghasilkan reaksi yang mengejutkan.

Ketika disoal mengenai pilihan lagu kegemaran, individu tersebut menyatakan kecintaan terhadap muzik Malaysia dan kemudian menyanyi "cek cek cek itulah bunyi cicak."

Jawapan ini diperhebatkan lagi apabila dia secara spontan menari dan menyanyikan lagu 'Cicak' nyanyian Allahyarham Cikgu Naim.

Lihat antara komen-komen netizen di bawah:

SAYS.com
Image via @mikkelgermer (TikTok)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik