Pihak Berkuasa Didesak Siasat Dakwaan Data Peribadi Rakyat Malaysia Yang Dijual Dalam Talian
Harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan segera.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas tular satu hantaran di Facebook mendakwa berlaku kebocoran data peribadi besar-besaran di sebuah laman sesawang
Menurut perkongsian oleh pengguna dengan nama akaun Pendakwah Teknologi, maklumat sensitif yang sepatutnya sulit.
Lebih mengejutkan, nombor pengesahan kad (CVV) tiga digit yang biasanya tertera di belakang kad debit atau kredit juga didakwa turut terdedah, sekali gus membuka ruang kepada risiko penipuan dan kecurian identiti.

Minta pihak siasat laman web tersebut
Sementara itu, individu itu mendakwa laman berkenaan membolehkan sesiapa sahaja mengakses data peribadi seperti nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat, malah latar belakang dan asal-usul seseorang.
"Dengan hanya pendaftaran USD50 (RM211.19), habis bogel data saya dan semua data sesiapa sahaja yang ada kad pengenalan. Maklumat ini dikumpul dari pangkalan data pelbagai agensi," tulisnya.
Lebih membimbangkan, laman tersebut juga dilaporkan menyimpan maklumat perbankan.
Individu itu turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa pihak berwajib seperti MCMC dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia seolah-olah tidak mampu mengekang operasi laman berkenaan.
"Saya rasa lebih baik tutup sahajalah semua agensi yang bercakap tentang keselamatan data jika laman sesawang seperti Caghi ni tak dapat dihalang. Ini saya siap boleh akses tanpa perlu VPN pun," katanya.
Situasi ini menimbulkan persoalan besar mengenai tahap keselamatan data rakyat di negara ini, apatah lagi jika isu seperti ini dibiarkan berlarutan tanpa tindakan tegas daripada pihak berkepentingan.
Malah, ramai yang berharap agar pihak berkuasa segera menyiasat laman web berkenaan demi keselamatan ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 