Pernah Tular Dengan Kelahiran Ke-12, Pasangan Suami Isteri Kini Timang Anak Ke-13

Ini namanya rezeki tak putus-putus! Alhamdulillah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @annisa_info (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau tahun lalu pasangan Ustaz Shamsuri Shafie dan isterinya, Puan Rosnaida Ismail pernah tular kerana menyambut kelahiran anak ke-12, kali ini mereka muncul lagi dengan berita yang lebih menggembirakan apabila lahirnya cahaya mata ke-13!

Perkongsian manis itu dikongsikan oleh Pusat Perubatan An-Nisa' di laman TikTok baru-baru ini.

SAYS.com
Image via @annisa_info (TikTok)

"Masih ingat lagi? MasyaaAllah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tempoh hari dikurniakan zuriat ke-12, dan hari ini, bertambah lagi menjadi 13 cahaya mata. Tahniah buat Puan Rosnaida Ismail dan Ustaz Shamsuri Shafie sekeluarga.

"Terima kasih kerana terus memilih Pusat Perubatan An-Nisa' bagi menyambut detik istimewa ini. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan penuh makna keluarga besar ini.

"Alhamdulillah, rezeki harta yang tidak ternilai dan tidak dapat dibeli. Semoga anakanda membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu bapa, serta membawa keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan buat keluarga,"
kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet tumpang gembira dan tak kurang juga kagum dengan ketabahan serta rezeki pasangan tersebut

Malah, ramai yang memuji kecantikan isteri Ustaz Shamsuri yang kelihatan semakin muda walaupun sudah bersalin 13 kali.

SAYS.com
Image via @annisa_info (TikTok)
SAYS.com
Image via @annisa_info (TikTok)
SAYS.com
Image via @annisa_info (TikTok)

Lihat video di bawah:

@annisa_info

Alhamdulillah, selamat discharge anak yang ke-13. Meriah sungguh suasana, sampai min pun masih kagum tengok kebahagiaan keluarga ni. Semoga keluarga ini sentiasa diberkati, dirahmati dan dipenuhi rezeki yang baik-baik selalu. Tahniah sekali lagi min ucapkan ❤️. Terima kasih @sham_iedaa kerana terus mempercayai kami untuk menjadi sebahagian daripada detik yang bermakna ini. #3dekadbersamaannisa #menuaibarakahmekaruntukummah #pusatperubatanannisa #hospitalbersalinpatuhsyariah

♬ Bermuara – Rizky Febian & Mahalini

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: